Friday, April 22, 2011

bukan mimpi atau ilusi.

Peace Be Upon You! dan selamat sejahtera buat stalker dan pengikut setia. tak kesa laa kalau anda² stalker pun, aku tetap hargai korang² semua, terima kaseh ye! hari ini topik yang akan dibincangkan adalah kawan.

Kalau
Awak
Wangi
Aku
Nak!

Apa yang nak di perkatakan pasal kawan nie? tengok sebelah. tengok depan. tengok belakang. tengok atas. tengok bawah. okey. sekarang kita mungkin sedang dikelilingi dengan manusia yang di panggil kawan. mereka ada hati. perasaan. akal. tapi kita manusia nie pasti ada kekurangan.

aku, memang tak boleh jadi kawan yang sangat superb untuk korang semua, sebab untuk diri aku sendiri aku masih dalam kategori 'boleh laa'. memang tak hebat, memang tak handal. takde yang menarik. takde yang istimewa. aku tak pernah berjasa pada sesiapa yang bergelar kawan atau bahasa Raubnya 'member' dalam hidup nie. tapi aku selalu berjasa pada adik beradik aku. aku lah yang terhandal, aku terhebat! 

kenapa aku tak pernah berjasa? sebab aku tak rasa jasa itu akan di kenang, tapi yang selalu nya jasa itu akan di propagandakan. HAHA. hebat tak ayat? biasalah hidup berkawan nie. kan? bukanlah mintak untuk dikenang. tapi cukuplah sekadar ianya tidak di propagandakan. dan aku sebagai kawan, selalunya akan merasa segan untuk minta jasa baik daripada mereka yang bergelar kawan, yelaah. dunia nie tak semua indah. dan manusia itu takde yang sempurna. kita buat baik atau tak sama je. macam² cerita macam² berita yang keluar. cuma kesohihan cerita & berita tersebut hanya akan diterima oleh akal yang sihat. HAHA.

ciri² kawan yang baik:
jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya; jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menanyakan kesusahan kamu; jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu; jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkanmu; jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu; jika kamu berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan.

"tapi macam mana pulak bila dia dah banyak tolong, diungkitkan pulak pertolongan tu. haip, ikhlas ke dia? tak kesah pun. itu hal dia dengan Allah. kita manusia mana ada hak nak tentukan sama ada ikhlas atau tak. 

dia ke kawan, kalau masa lapang memang di habiskan dengan sesi umpatan dan cacian dan tajuk utama atau sekilas pandang adalah kita yang selalu menjadi kawan dia? tak siapa boleh menilai. kita yang menerima patut sedar hal itu."

okey. itu realiti okey. korang pon pasti pernah. aku juga. tapi, cara aku lain. kalau andaikata aku tak suka kau, maka.. aku tidak akan bermesra berhutang nyawa nak balas jasa bergelak ketawa atau haruk tak ingat dunia bersama kau. aku akan berjasa dengan kau, kalau niat nak berjasa sampai. jadi jasa aku akan ikhlas dunia dan akhirat. tidak laa aku berjasa hanya untuk menjaga hati merah kau saja. 

itu aku. tapi tak tau la cara anda semua macam mana. harap taklaa bermuka². atau depan sentiasa manis, tapi kat belakang gunting dalam lipatan. semua nak di canang nya! hei, jangan laah macam tu. tak baik.

apa yang selalu terjadi, kawan akan menjadi lawan, dan lawan pula yang akan menjadi sahabat kita ke akhirnya. apa pun manusia ini punya kekurangan dan yang pasti dunia ini tak selalu indah. 

kawan, sahabat dan kenalan semua berbeza pada pendapat aku. dan terpulang juga macam mana anda² semua mendefinisikannya! pendapat aku, seorang kawan tidak ada yang istimewa, hanya sesuai untuk dijadikan tempat berborak dan biasanya kawan untuk bergembira lebih ramai daripada kawan berduka.itu lah kawan yang sebenar. 

sahabat ia lebih menghargai kehadiran kita. hubungan yang terjalin ada unsur² kepercayaan & kejujuran. sahabat selalu nya tidak akan memburukkan sahabatnya yang lain. kenalan pula, sekadar kenalan. anda alami, anda baca, anda faham. 

 sekian terima kaseh bagi anda² yang membaca. selamat berhujung minggu! 

p/s: aku bakal menamatkan zaman Diploma! 

10 comments:

  1. aku nak kawan yang kategori 'boleh lah', hahhaha

    ReplyDelete
  2. oh kawan. kawan ajak makan + kawan ajak mgumpat + kawan ajk bejalan yg slaloo naik market. femes emes. thumbs up shahira..kekeke :]

    ReplyDelete
  3. thx yer letak blog saye kat bloglist awak :)

    ReplyDelete
  4. Sahabat sejati .. kawan selama-lamanya :D

    anastasyea's latest post .. Mother's Day | Rindunya kat ibu

    ReplyDelete
  5. nice one,betol..kawan ketawa lbh byk berbanding kawan berkongsi kesedihan..^^

    ReplyDelete
  6. sahabat, teman, kawan tu semua tak penting. yang penting kahwin. hahaha.. xde kene mngena kan

    ReplyDelete
  7. qamarul: tah nye.. tetibe!! HAHA. ;D

    ReplyDelete

Terima Kaseh daun keladi.. rajen nanti komen lagi ;)