Tuesday, May 15, 2012

Tora


Siapa dalam dunia ni yang akan pilih derita bila di hadapannya terbentang luas jalan menuju kebahagian?
 Siapa yang akan pilih kesengsaraan jika kesenangan itu sudah dijanjikan? 
Semua orang akan mengejar kegembiraan dan meninggalkan kesedihan di belakang, 
tetapi tahukah kau bahawa ada orang lebih rela memilih derita daripada merampas senyuman orang lain? 
Ada orang lebih senang menyusuri jalan yang berliku, penuh dengan cubaan dan penderitaan  daripada memintas laluan orang lain untuk kegembiraan yang sementara?

Mungkin kau tak pernah tahu. 
Sebab itu pada kau, orang yang menahan diri dan mengawal perasaan serta mengorbankan kepentingan diri demi memastikan kau bahagia hanyalah si bodoh yang kalah serta perlu dilupuskan. 
Salahkah dia berikan kau peluang menikmati bahagia dengan orang yang kau sayang serta cinta sepenuh jiwa demi memastikan dia dapat kekal disamping manusia itu sebagai kawan sahaja? 

Kau tidak akan pernah mengerti sebab apa yang kau lalui hanyalah satu bentuk kemanisan yang kau sendiri tidak perlu bersusah payah untuk kecapi.





Pesanan Penaja: 
Jangan jiwa kacau sangat lahh.
Will be the time your prince charming will come & propose you to be his wife. 
Not his gf.
Ni baru dugaan kecil yang Tuhan bagi.
Kalau dengan Aku rasa dosanya,
Dengan Lanang kau rasa pahala?
Kuatkan iman wahai kekasih kecilku.
Jaga ikhtilat. Itu yang penting. 

Sunday, May 13, 2012

Kopi



"Be a man. That's the least you can do. 
'Coz the hero spots are taken."

Jangan tertekan bila lihat rakan-rakanmu bernikah,
biar tertekan bila lihat rakan-rakanmu bergomol serupa sudah bernikah.
Faktab-cara.

Friday, April 20, 2012

Beast





SAHABATKU. AKU BUKANLAH seperti yang kau lihat. Rupa ini hanyalah sekadar pakaian yang aku kenakan untuk melindungi aku dari persoalanmu dan kau dari kecuaianku.
Aku dalam aku, sahabatku, tinggal di dalam rumah yang dihuni kesunyian dan disitulah aku akan tinggal, tak dilihat dan tak dapat didekati.


Aku tak mahu kau percayakan apa yang aku lafazkan, atau percaya apa yang aku buat kerana kata kataku hanyalah sekadar pemikiranmu dalam bunyi, dan perbuatanku, harapanmu dalam tindakanmu.
Bila kau kata
"Angin bertiup ke timur"
aku kata
"Ya, mmg bertiup ke timur"
kerana aku tak mahu kau tahu mindaku tak berada bersama angin, tapi dengan laut.
Kau tak mungkin faham pelayaran pemikiranku, aku juga tak mahu kau memahaminya.
 Aku mahu berada di laut, sendirian.

Waktu siang padamu adalah waktu malam padaku, tapi waktu itu juga aku bercakap tentang air pasang yang menari di bukit dan bayang ungu yang menyelinap merentas lembah, kerana aku tak mampu mendengar ratib kegelapanku atau melihat kibas kepakku pada bintang, dan aku memang tak mahu kau dengar atau kau lihat semua itu. 
Aku mahu bersendirian bersama malam.

Kau cintakan kebenaran dan kecantikan dan keadilan. Dan demi kau, aku berkata itulah yang seharusnya. Tapi dalam hatiku, aku tertawa pada kecintaanmu itu. Tapi aku tak mahu kau lihat tawaku. 
Aku lebih suka tertawa sendirian. 

Sahabatku, kau begitu baik dan cermat, dan bijak. Tidak, kau terlalu sempurna. Dan aku, juga bercakap denganmu dengan bijaksana dan berhati hati. Tapi aku gila. Aku sembunyikan kegilaanku. Mungkin aku sendiri saja yang gila.

Sahabatku, kau bukan sahabatku, tapi bagaimana boleh aku buat kau faham?

Jalanku bukan jalanmu, 
tapi kita melangkah bersama...
berpimpin tangan.

jiwa berontak

Saturday, March 31, 2012

Bawa Resah






Oh, my beautiful mother.. She told me:

"Daughter, in life you're gonna go far.
If you do it right, you'll love where you are
Just know where ever you go,
You can always come back home."


Oh, my irrefutable father.. He told me:
"Daughter, sometimes it may seem dark,
But the absence of the light, is a necessary part.
Just know you're never alone,
You can always come back home." 


*Happy 20th Birthday Fatin Farhana.. May Allah bless you!


Wednesday, March 28, 2012

Baki

Allah is so wise that he never created friends with price tags.
If He did, u wouldn't have been able to afford a precious friend like me laa babe..HAHA!

Saturday, March 10, 2012

Kroni

Aku tidak membenci. Aku menjulang. Impian aku untuk awak lebih tinggi dari impian aku untuk diri. Lebih tinggi dari bintang. Mungkin boleh peluk bulan.

Dulu semalam tenggelam rasa ambil berat, malam tadi timbul belas kasihan. Ada masa aku tumpu pada belang awak. Aku hanya jumpa rapinya awak boleh jadi aku sayang awak banyak. Aku lihat awak serupa awak. Aku dekap awak tanpa berlipat-lipat bab.

Titik kata hari ini, awak terus sepi. Siapa tahu awak sepi untuk menjauh. Barangkali, barangkali tak jumpa padanan itifak kita. Tiada siapa-salah, tiada siapa-betul. Pilihan, awak aku dia semua berhak. 

Lima saat tadi tinggallah rodong sebati dengan aku.