Friday, April 22, 2011

bukan mimpi atau ilusi.

Peace Be Upon You! dan selamat sejahtera buat stalker dan pengikut setia. tak kesa laa kalau anda² stalker pun, aku tetap hargai korang² semua, terima kaseh ye! hari ini topik yang akan dibincangkan adalah kawan.

Kalau
Awak
Wangi
Aku
Nak!

Apa yang nak di perkatakan pasal kawan nie? tengok sebelah. tengok depan. tengok belakang. tengok atas. tengok bawah. okey. sekarang kita mungkin sedang dikelilingi dengan manusia yang di panggil kawan. mereka ada hati. perasaan. akal. tapi kita manusia nie pasti ada kekurangan.

aku, memang tak boleh jadi kawan yang sangat superb untuk korang semua, sebab untuk diri aku sendiri aku masih dalam kategori 'boleh laa'. memang tak hebat, memang tak handal. takde yang menarik. takde yang istimewa. aku tak pernah berjasa pada sesiapa yang bergelar kawan atau bahasa Raubnya 'member' dalam hidup nie. tapi aku selalu berjasa pada adik beradik aku. aku lah yang terhandal, aku terhebat! 

kenapa aku tak pernah berjasa? sebab aku tak rasa jasa itu akan di kenang, tapi yang selalu nya jasa itu akan di propagandakan. HAHA. hebat tak ayat? biasalah hidup berkawan nie. kan? bukanlah mintak untuk dikenang. tapi cukuplah sekadar ianya tidak di propagandakan. dan aku sebagai kawan, selalunya akan merasa segan untuk minta jasa baik daripada mereka yang bergelar kawan, yelaah. dunia nie tak semua indah. dan manusia itu takde yang sempurna. kita buat baik atau tak sama je. macam² cerita macam² berita yang keluar. cuma kesohihan cerita & berita tersebut hanya akan diterima oleh akal yang sihat. HAHA.

ciri² kawan yang baik:
jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya; jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menanyakan kesusahan kamu; jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu; jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkanmu; jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu; jika kamu berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan.

"tapi macam mana pulak bila dia dah banyak tolong, diungkitkan pulak pertolongan tu. haip, ikhlas ke dia? tak kesah pun. itu hal dia dengan Allah. kita manusia mana ada hak nak tentukan sama ada ikhlas atau tak. 

dia ke kawan, kalau masa lapang memang di habiskan dengan sesi umpatan dan cacian dan tajuk utama atau sekilas pandang adalah kita yang selalu menjadi kawan dia? tak siapa boleh menilai. kita yang menerima patut sedar hal itu."

okey. itu realiti okey. korang pon pasti pernah. aku juga. tapi, cara aku lain. kalau andaikata aku tak suka kau, maka.. aku tidak akan bermesra berhutang nyawa nak balas jasa bergelak ketawa atau haruk tak ingat dunia bersama kau. aku akan berjasa dengan kau, kalau niat nak berjasa sampai. jadi jasa aku akan ikhlas dunia dan akhirat. tidak laa aku berjasa hanya untuk menjaga hati merah kau saja. 

itu aku. tapi tak tau la cara anda semua macam mana. harap taklaa bermuka². atau depan sentiasa manis, tapi kat belakang gunting dalam lipatan. semua nak di canang nya! hei, jangan laah macam tu. tak baik.

apa yang selalu terjadi, kawan akan menjadi lawan, dan lawan pula yang akan menjadi sahabat kita ke akhirnya. apa pun manusia ini punya kekurangan dan yang pasti dunia ini tak selalu indah. 

kawan, sahabat dan kenalan semua berbeza pada pendapat aku. dan terpulang juga macam mana anda² semua mendefinisikannya! pendapat aku, seorang kawan tidak ada yang istimewa, hanya sesuai untuk dijadikan tempat berborak dan biasanya kawan untuk bergembira lebih ramai daripada kawan berduka.itu lah kawan yang sebenar. 

sahabat ia lebih menghargai kehadiran kita. hubungan yang terjalin ada unsur² kepercayaan & kejujuran. sahabat selalu nya tidak akan memburukkan sahabatnya yang lain. kenalan pula, sekadar kenalan. anda alami, anda baca, anda faham. 

 sekian terima kaseh bagi anda² yang membaca. selamat berhujung minggu! 

p/s: aku bakal menamatkan zaman Diploma! 

Thursday, April 14, 2011

realiti keyakinan insan yang penuh visi!

 
anda PASTI TERsenyum! tak caya.. baca sampai abesh~ ;)
 
1. Membaca tanpa menghiraukan sekeliling. Yang kepoh jadi pendiam. (orang masuk keluar bilik pun tak perasan, kalau orang tanya pun muka pandang nota je, jawab pon nak tak nak. Kalau jalan.jalan tersepak batu tu, reaksi dia lambat sikit. Sebab otak full load )
 
2. Membaca dengan kadar yang cepat. (entah faham ke tak belakang kira, sebab nak jawab subjektif, hentam pon boleh, yang penting ada point nak goreng )

 
3. Nak turun café tu fikir 2,3 kali. Tak pun sekali sehari je. Tu pun bungkus. cepat. jimat masa makan kat bilik. Sambil makan boleh membaca apa yg patut.

4. Time nak exam baru laaa nak full semayang (harap2 sahabat disini tak begini la). Solat sunat sampai nak batal air sembahyang. Doa macam.macam. (dan.dan. tapi alhamdulillah)

5. Agak yang nak mereng tu start la nak bukak mp3 volume paling sakit telinga. Tapi time ni memang tak sakit telinga. Sebab sakit otak lebih dari sakit telinga.

 
6. Masa tidur pon boleh terbayang-bayang yang baca tadi (ada tu siap ambik handout letak tepi bantal.) Moga-moga dapat buat daya serapan terus lagi bagus.

7. Masa borak dengan kawan pun cakap pasal pelajaran je. (ni part tak leh blah la. Time mandi pun ada yang tanya-tanya. Dahsyat.)

8. Kalau main message tu balas sikit.sikit je. Pendek pendek. Tak de mase nak fikir taip panjang.panjang.

9. Sebab nak exam duduk dalam bilik je. Mengadap handout, buku, nota.nota. (jadi beruang kutub, sampai rambut serabai pon tak perasan) selalunye merayau g bilik orang. Tak pun keluar. G main bowling lah. Tgk wayang lah. Pantang ade mase terluang.
Nak buang sampah pun terbawak pen. (ni kes cuak sangat nie!)

 
10. Agak² stok megi tu habis kot untuk orang yang gila study. Jimat masa nak turun café masak air je pastu letak megi. Nak budak pandai sikit tak makan megi. Minum milo. Makan biskut hup seng ke, nestum ke. Roti memang dah prepare dah. Suruh member beli.

 
11. Nak bukak facebook rasa tak senang gila. Perghh. Membazir.masa. (time ni memang tertekan gila. Kena berperang dengan diri sendiri nak bukak facebook, formspring, blog. Sebab laptop depan mata. Kabel/wifi/broadband kat sebelah je. Exam minggu depan. Nanti duduk depan facebook memang buku OFF9 terus.)

 
12. Time ni laa baru bukak buku tebal. Bukak kamus tu yang tak tahan tu. Masa lecture dulu tak faham tak de hati pulak nak bukak kamus kan. ;P

 
13. Asyik-asyik tengok jam je. Sampai tak cukup jam handphone, jam tangan. Tanya lagi member sebelah. Haihhh. Keliru sangat budak nih.

14. Stok Nescafe, kopi tongkat ali, kopi mak dara, cucu dara semua memang ade lah. Nak stay up.

15. Hah. Ni memang sure. Meja studi bersepah gila. Mana dengan highlighternya. Pen biru, hitam , merah. Kertas-kertas memang confirm bersepah punya. Agak² ade nota yang hilang tu mula nak naik angin. Buku semua terbukak. Kalau ada buku tambahan dari library tu semua nak dibukaknya serentak. Ada tu 4,5 buku serentak bukak.

16. Masa ni lah status facebook, blog “mintak maaf. Doakan exam nanti”

17. Muka blurr je. Sebab otak dah full tank. Makan sorang-sorang pon dah tak heran. Sebab tak nak membazir mase lepak ramai-ramai. Nanti ade je bende nk borak.

 
18. Kalau nak cakap pon tersasul-sasul. Salah cakap. Pastu cakap benda merepek je. Muka dah la cam zombie. Cakap merepek.repek sebab otak fikit handout, nota tak baca lagi vs nak jalan-jalan. Nak borak.borak. sampai satu tahap rasa nak rebus buku dengan handout semua. lagi merepek die cakap sebenarnye, lagi banyak topic die tak cover tu.
  
19. Time ni jugak lah baru terfikir kenapa lah aku tak study awal². Kan senang. Haihh. Pastu ada pulak yang buat azam untuk semester depan. Tak nak buat dah macam sem sekarang. *padahal tiap² sem azam sama. Tak berubah gak. Tak pun menjadi semangat dia masa awal sem je. Sampai minggu ketiga dah hancusss.
 

Konklusionnya: jangan usik budak nak exam. Cepat je die nak naik darah. Sebab hormone dia semua tengah berlaga-laga. Otak pun dah overload.
 
 
kalo aku la.. yang bold tue la TERjadi. haha. ;)
 
p/s: entry nie aku ulang tayang semulaa.. taun lepas aku ada masukkan! *maaf.
final exam aku 19hb minggu depan.
wish me luck! 
.___.

Monday, April 4, 2011

Sunday, April 3, 2011

TAGGED sebulan lepas.

Ada laa sebulan kot Cekpah tagged aku nie. harinie baru nak wat.da bape kali da wat nie.. takpe. awok punye pasal.. ^___^
Once you have been tagged,you are suppose to write a note, with 25 random thing, fact, habits or goal about you. At the end, choose 25 people to be tagged. You have to tag the person who tagged you. If I tag you, it's because I want to know more about you. Your cooperation is highly appreciated.
1. berjantina. pasti!
2. perempuan. ramai hengat yang aku nie laki. sebab blog aku nie macam laki yang punye.
3. aku layan Malique & Dj Fuzz.
4. dorang besh. lirik lagu nak memerli je. HAHA
5. aku tak suke mandi pantai.TAKUT. tapi 1hb haritu aku main Banana Boat. sampai tengah laut abg jetski tu jatuhkan aku! LEMASlemas! aku cool je.
6. aku sangat kesahkan kebersihan toilet. sila ambil perhatian.
7. aku kalau online FB kejap je. rimas~ HAHA
8. harinie aku tak makan lagi.
9. aku dan air suam sukar dipisahkan.
10. aku mandi 4kali sehari.
11. aku pakai sabun Dettol
12. aku ada banyak stok tissue. berkotak-kotak.
13. resdung aku teruk. haipp!
14. aku tak suke makan cupcakes, mereka comel sangat.
15. aku suka kicap.
16. ada duit lebih nanti, aku nak Austin Cooper yang cool tu!
17. aku cepat marah, TAPI
18. aku cepat cool jugak.
19. aku tak kaya harta. TAPI
20. aku cuba kaya kan BUDI.
21. aku tak bape nak sangat kawan dengan hipokrit+penipu nie. menyampahh sangat!
22. dorang ponn taknak kawan aku. sebab aku bukan macam dorang. HAHA
22. aku pendengar terbaik.
23. suka memerhati. kutukk sendri² sudahh.
24. sekarang hampir ke Maghrib.
25. aku dah Final Sem nie.. ^___^
 
dan ini tag kedua.
Apa yang PENTING dlm HIDUP korang??
Iman. Ihsan. Iklas. 
(family, takde dorang cane aku nak edop.)



Benda yang TERAKHIR yang korg beli guna DUIT SENDIRI
Coconut Shake jumaar haritu. tu last duit aku. HAHA. rm2.

Dimana tempat korang akan melangsungkan PERKAHWINAN dan apakah TEMAnya
tak terpikir lagi.

Adakah korang tengah berCINTA sekarang
cinta.

berapa LAMA korang akan menyintai kekasih korang
kekasih? takde takde. 

novel/buku/majalah TERAKHIR di beli
Kaedah-Kaedah Mahkamah Rendah kat MPH, MP.
 
namakan 0RANG-ORANG yang korang nak dalam hidup korang
orang-orang yang kat tengah sawah tu ke?


adakah korang pernah BASUH BAJU sendiri
pernah.setiap hari.

Dimanakah tempat yang betul2 korang nak PERGI
syurga.

5 LAGU yang paling korang suke dan selalu dengar
album K.O: The Mixtape. Dj Fuzz & Malique.


5 blogger yang korang nak tag
sape nak  wat, amek jele.. aku hargai.

bukan ramarama.




koleksi MARCH.

APRIL

hello, Assalamualaikum dan salam sejahtera. selama sebulan yang lepas, takde satu entry pon aku masukkan.MUNGKIN sebab malas. MUNGKIN sebab banyak bende wajib yang perlu di dahulukan. MUNGKIN sebab takde feel. 
 
MARCH kali nie, sangat DAMN! whiuu~

aku akan update blog nie dari semasa ke semasa. INSYAALLAH.