Tuesday, December 13, 2011

Friday, December 9, 2011

good LIFE






Don't plan the plan if you can't follow through.

Just think about your past to take some lesson from mistakes that you have done, and use these lesson for your present and future. 
GOOD LUCK for a bright future.

^-^


Way up high
or
Down low

if i could, then i would..

Sunday, November 27, 2011

The precipice



Aspirasi tak serasi dengan suara bunyi.

Thursday, November 24, 2011

Algebra


YOUR love is greater than my disappointments 
YOUR plans for my life are better than my dreams..

Hidup biarlah berbakti, walaupun tidak dipuji

Wednesday, November 9, 2011

Halusinasi

 
Kita kongsi nama bangsa tapi tidak kasta bahasa
Maafkan mereka, mereka tidak tahu

Kita kongsi warna mata tapi tidak warna hati
Maafkan mereka, mereka tiada nilai
 
Halusinasi susuli ketandusan ihsan

Wednesday, November 2, 2011

Ainnur, thanks!

 
LETS BEGAN !

11 THINGS ABOUT ME :D

1- Adaptable
2- Indecisive 
3- Student
4- A kid of..
5- I make plenty of mistakes.
6- Im the type of that smiles even when im crying.
7- I like to pretend that everything’s alright because when
everybody else thinks you’re fine, sometimes you forget for
awhile that you’re not.
8- I like to leave a mark on everyone i meet ^^
9- Love to talk
10- Love art
11- Im a FIGURA DUNIA.
 
 
 
NEW QUE from ENOR
1- Makanan favorite anda ?
kicap
2- Suka sangat novel ? Why ?
im not novel addicted. dulu iye kot. 
ade sekotak, sape nak? tapi beli laa. HAHA.
 
3- Negara yg jadi pilihan anda utk melancong ?
Belanda
4- Kalau hangout dgn member, selalu buat apa ?
bcakap, minum sampai lebam!
5- Benda yang paling special yg pernah anda dpt ?
Hati kuda.
6- Suka fesyen mcm mana ?
country
7- Still tengok cartoon ? Jujur ea ^^
confirm! 
8- Siapa idola anda ?
Biola
9- Selain English, bahasa apa yg anda tau ?
Arab
10- Suka budak-budak ?
budak-budak tak suka aku.
11- First impression about u ?
soalan nie aku macam pelik sikit nak jawab.. 
'u' kat sini aku ke kau?

Tuesday, October 18, 2011

Helium!

 
"The friend is the man who knows all about you, and still likes you."

Sunday, October 16, 2011

One Day




Saturday, October 15, 2011

Friday, August 19, 2011

proud!


Assalamualaikum dan selamat Ramadhan 19!


perjalanan baru bermula, teruskan melangkah, look forward!
moga semua baikbaik hendaknya.
adat di perantauan, rindukan Tanah Air.
apatah lagi, raya nie terpaksa di korbankan.
duduk jauh, dah tak boleh balik Serkam tiap² minggu. tak dapat lagi nak tulis surat cinta kehadapan Dean.
jangan nangis pulakk nanti. hihi. ;D

aku harap kau selalu cool kat sana nanti. se' cool yang boleh.
taknak laa asyik gelabah je, kan?
kene tukar sikit lepas nie!

aku, pipah, cine, iman & ors pasti akan rindukan kau! kejayaan  kau pasti di doakan.
all the best Syuhada. WE  love & proud of you!

Tuesday, August 16, 2011

simpuh

 
Buka mataku buka hatiku,
Allah terangilah. .
Hidupku dengan sinar Mu.
Aku meraba tak berdaya,
Tanpa rahmat Mu aku hina.
Beribu dosa telah terjadi. .
Bewarnai langkahku.

Ya Rabbi, izinkanlah aku kembali pada Mu. .
Walau mungkin takkan sempurna aku sebagai hamba Mu,
Dan walau aku tak layak sujud padamu. ..
 
Maafkanlah bila hati tak sempurna mencintai Mu.
Dalam dadaku harap hanya diri Mu yang bertakhta. .

Wednesday, August 10, 2011

It As It Is


“Ya Allah.. Engkaulah Tuhanku, tiada Tuhan selain Engkau, Engkaulah yang menjadikan aku.
Sedang aku adalah hamba Mu dan aku di dalam genggaman Mu dan di dalam perjanjian setia (beriman dan taat) kepada Mu sekuat mampuku. 
Aku berlindung kepada-Mu dari kejahatan yang telah ku lakukan.
Aku mengakui atas segala nikmat yang telah Engkau berikan kepada ku dan aku mengaku segala dosaku. 
Maka ampunilah aku.
Sesungguhnya tidak ada yang dapat mengampuni segala dosa kecuali Engkau.”

Tuesday, August 9, 2011

Care



i asked Allah for LOVE, and Allah gave me troubled people to HELP.
i asked Allah for WISDOM, and Allah gave me problems to SOLVE.
i asked Allah for STRENGTH, and Allah gave me difficulties to make me STRONG.
i asked Allah for FAVOURS, and Allah gave me OPPORTUNITIES.

[maybe, i received nothing i wanted, but i received everything i needed.]

Tuesday, August 2, 2011

Divine Gift


Salam Ramadhan Al-Mubarak
1432H.

Thursday, July 28, 2011

khamis 2 perenggan.

all roads lead to Rome.
 different paths can take one to the same goal.

Wednesday, July 27, 2011

RABU tanpa banyak perenggan.

many will seek credit for success, few will accept responsibility for failure..
that's the way life is.

ontogeny recapitulates phylogeny.

Monday, July 11, 2011

under His will



Perubahan.. itu mudah. macam menguraikan rambut yang terikat. cuma perlu segenggam usaha. secubit tenaga. mudah bukan?.. perubahan yang bagaimana? tanya hati. hati akan jawab dengan suci. pasti.
jika baik, maka cantik lahh hasilnya walau sakit mata memandang. jika tidak, maka hodoh lah jawapannya walau sedapp mata memandang. 

perubahan itu mudah.. tapi nak kekalkan perubahan tu bukan senang. am i right? kan?..
out of clutter, find simplicity. 
from dischord find harmony. 
in the middle of difficulty.. lies oppurtunity. 

hidup ini penuh dengan masalah. kata orang, kalau takde masalah takde la nikmat hidup.. betul? terkadang, masalah tu senang kacangoreng je nak settle! terkadang pulak kita sampai tonggangterbalik nak settle, tapi tak jugak tersettle.  

Allah takkan beban kita dengan a burden greater than we can bear. 
kene ade 100 Plus daya usaha. insyaAllah.. 
kalau kita nak, Allah pasti tolong bukan?


 "Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yg paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah org yg memberi peringatan." -Imam Hasan Al-Basri-
 
Guide us to the Straight Way. 
[1:6]

Saturday, July 9, 2011

realiti

 
Suara Kami
Kami studi undang-undang
Kami akur pada perlembagaan
Kami tahu prosedur tangkapan..
 
Kami studi politik harian
Kami sedar siapa diperalatkan
Kami bukan nak tumbangkan kerajaan..

Kami hanya menuntut keadilan
Kerna kami pewaris zaman!..
 

Friday, July 8, 2011

jalan

the road to success is always under construction.
"On that day, if the penalty is averted from any, it is due to Allah.s mercy; and that would be (Salvation), the obvious fulfilment of all desire."  
16:6

Wednesday, June 29, 2011

june.




camera: K660i je..
lokasi: Pantai Kuala Linggi.
dulu.. dulu.. dulu.. kalo hati tak tenang tu, sini laa tempat lepak.. tak kesa laa pagi ke, terik mentari ke.. tebenam matahari ke, semua da merasa.. ecececeh..hakhakhak. yelaa, tempat aku bukan dalam bandar. tempat aku ceruk kampung. sini je tempat paling cool.angin sepoi² languange.
penah sekali hujan lebat..time² tu, time Tsunami kat Jepun masih hot lagi, haihh, hati risau. takut Tsunami jugak! haha. asek dok pandang luar tingkap. sekali guruh+petir.. terkojut den! haha.. padan muka.

sok luse tulat tubin tu pulak, baca dalam paper.. Pantai Linggi ade buaya? yoyo oo je! alaa.. takkan paper tu nak nipu pulak kan? siap ade interview ngan pduduk kat situ laa.. so lepas dari tu dah tak berani lagi nak pegi.. sampai laa sekarang, dah tak penah jejak lagi da.

 "Allah jualah yang menciptakan langit dan bumi (dengan segala keindahannya)" 2:117

Tuesday, June 28, 2011

27 Rejab


"Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haraam (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui."  17:1

*terjadinya macam² kejadian yang penuh pengajaran untuk kita sama² hayati di sebalik pelbagai peristiwa.  

bukan sekadar sebuah kisah sejarah yang diceritakan setiap 27 Rejab kembali..
 
time inilah, manusia diwajibkan untuk menunaikan solat lima waktu. masih ingat lagi?..
selepas 9x Rasulullah merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah perkenan memfardhukan sembahyang 5 waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga..   

*kita, manusia.. akan berubah kerana Allah. mungkin esok, mungkin lusa..*

Saturday, June 25, 2011

waktu.

sekolah
  • darjah 1 dah jadi samseng.. tumbuk kawan sampai berdarah hidung. nak tunjuk handal laa..
  • tak pepasal kes tu jadi tajuk utama kat assembly.. huh! malu time tu takde rasa. darjah 1 kan.
  • sejak tu  takut cikgu. takut pengawas. HAHA.
  • dah besar sikit, tingkatan 2 macam tu, tinggal kat hostel. biasala kat hostel  jadi 'spy' cikgu laa.. ape laa.. semua nak jadi student emas. jiwa manusia macam aku nie mana suka benda² tu semua. 
  • melawan & bertekak ngan 'Biro- Biro' hostel time tu perkara biasa. 
  • dengan pengawas lagi aku tak boleh pegi.. padahal kawan²   aku para²   pengawas jugak. cet! tak takut la. ;D
  • ponteng sekolah time bulan puasa, tidur kat hostel. dah komfem² macik cleaner tu report kat warden, huh.. ape laa! 
  • tingkatan 3, masing² macam dah tau lepas nie susah dah nak jumpe. time nie masa lebih banyak dikongsi bersama. macam² hal. 
  • ponteng prep. sorok kat surau. sampai sorok bawah dapur dewan makan. kene denda ramai². padan muka.
  • main hujan. hujan yang disertai guruh+petir.. tengah padang lak tu, korang ade brann? HAHA.
  • masa dah dekat nak PMR, study matimati. dengan maggi nye.. nescafe nye.. wallllaaa! tapi aku, rilex tidoo.. haih! 
  • so dorang berjaya dengan jaya nya.. aku lak, biasa je.. cukupla. Alhamdulillah. walaupun tido je.. result lagi better dari exam² biasa. caya kan? well.. ahha!
  • tingkatan 4, geng dah takde sangat. so baik sikit. dalam kelas, melawan cakap cikgu. tetap ade!
  • sampai bengang cikgu tu dengan aku. cikgu sejarah. dia baru keluar maktab time tu. emm.. lagi laa aku kenekan dia. 
  • jiwa muda.. darah panas lagi. semua tak kena. haish!
  • tingkatan 5, ++ hampes dari taun² lepas. dalam kelas tetap wat hal. makan, tidur.. selambe! 
  • ponteng kelas kimia, sebab bosan lebih dari tahap. tak masok lab. duduk dalam kelas. muka² wanted..tak pegi kelas, memang cikgu cari laa kan.  "apsal tak masok kelas saya?..". aku diam je. yang lain tengah tidur,hampess! "turun sekarang, atau nama dekat pengetua!" ouh.. cikgu, pegi laa. tak kesa pon. 
  • selang berapa hari.. announcement pepagi buta kat sekolah. haih, nape nama kitorang TOP laak pagi nie.. "nama² yang disebut sila berjumpa Pengetua". pergh! bederau darah.. 
  • time SPM, tetengah malam tetibe lapar.. pecah masuk dewan makan. rebus telur. curi oren. haha. 
  • dulu ada cikgu cabar aku untuk jadi seorang lawyer, sebab aku banyak loyer buruk dengan dia. [saya sekarang tengah sahut cabaran cikgu, saya jadikan itu semangat. yes, saya nakal. tapi tu dulu cikgu..]
  • ada jugak cikgu yang  rasa aku & 'kitorang' tak boleh melangkah jauh.. tapi hari ini, kami sekelas 12 orang berjaya menjejak kaki ke Universiti.. Alhamdulillah, terima kasih cikgu..

*pengalaman mengajar aku menjadi manusia yang lebih better pada hari ini jika dibanding dengan hari semalam. takkan ada aku yang hari ini, jika semalam aku penuhi dengan tertibnya. 
bukan berbangga dengan silapnya aku semalam, 
 berkongsi aku yang semalam,
 untuk aku hari ini.. yang lebih dewasa. 
^____^

sahut dan sambutlah seruan Allah dan seruan RasulNya apabila Ia menyeru kamu kepada perkara-perkara yang menjadikan kamu hidup sempurna. 8:24
 
 sesungguhnya Allah tidak akan mengubah sesuatu nikmat yang telah dikurniakanNya kepada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. 8:53

Wednesday, June 22, 2011

cari.

Allah engkau  penuh kasih sayang,
takkan pernah engkau biarkan hambaMu menangis,
kerana kemurahanMu,
kerana kasih sayangMu..

meski tak daya ku harap rebut cintaMu,
meski begitu hina ku bersimpuh,
Kau selalu terjaga yang memberi segala.

Monday, June 20, 2011

kejar.

Andai dapat aku mengulang,
Waktu hilang & terbuang,
Andai dapat perbaiki segala yang terjadi.

*Tapi waktu tak berhenti,
Tapi detik tak kembali..
Harap ampunkan hambaMu ini..~

Sunday, June 19, 2011

TERIMA KASIH.

TERIMA KASEH.. pada mereka yang meraikan ulangtahun kelahiran beta.
TERIMA KASEH.. pada mereka yang mengucapkan selamat
TERIMA KASEH.. sebab anda semua tak lupa  (thanks ALLAH, ada fb.. HAHA)
TERIMA KASEH.. Hida Hajira. :) (perasan jap)
TERIMA KASEH.. daun keladi, TERIMA KASEH.. klcc.

sayang korang semua!
*Moga anda semua dilimpahi Rahmat, Taufik & Hidayah dari NYA*

my HERO.

AYAH, look at me
think back and talk to me
did i grow up according to plan?
and do you think im wasting my time, doing think i wanna do?
but its hurts when you disapprove all along

i try not to think, about the pain i feel inside
did you know you used to be my hero...?


and now i try hard to make it..
i just want to make you proud.
im never gonna good enough for you, AYAH.
i cant pretend that im alright..

*HAPPY FATHERS DAY, ayah*
*terima kasih untuk semua*

"dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya;.."
31:14

Friday, June 10, 2011

we need a 'Doctor'



manusia lahir bersama dengan sifat nurani 
yang inginkan kedamaian dalam jiwa.
terkadang keinginan nafsu menyebabkan 
hilangnya rasa tersebut.
namun, Allah membimbing kita manusia dgn 
wahyu & akal hingga segala godaan 
dapat dihadapi dengan jiwa takwa & hati bersih.

hati yang dulu dari hitam ke warna asalnya, 
insyaAllah akan di vanishkan setiap ari, 
jiwa sedang kacau. 
mencari benda yang tak pasti. 
berfikir kadang terikut hati, 
sedangkan diri mmpu berdikari. 
mungkin hidup nie bukan seindah yang kita impi, 
tapi selagi namanya hidup.. 
diri terpaksa hadapi,
hati kene mampu, 
akal kene berusaha.
jiwa kene ikhlas. 

paksaan & hipokrasi positif mungkin akan mendidik jiwa 
untuk menjadi yang lebih baik. 
sama ada hidup boleh berubah menjadi yang btambah² baik 
atau 
buruk seburuknya jika kita betul² berada di tengah²
kalangan mereka yang tidak mengenali diri kita seadanya. 

apa yang penting, 
jika kita mahukan sesuatu.. 
insyaAllah Allah akan menolong. 
andai punya peluang, 
cari lah sesuatu yang boleh membawa 
kebahagian dunia dan kesejahteraan akhirat kelak,
seimbangkan lahh. 

ramai yang telah mendapat Hidayah, 
tetapi 
mungkin tidak ramai yang menerima TaufikNya 
untuk melakukan sesuatu yang baik.

till then~  ASSALAMUALAIKUM.. 

p/s: selamat beramal! 
jangan puisi ini disalah tafsir pula, 
bukan berkhutbah, 
cuba betul diri ini,
cuma ingin hidup sempurna.
harap ku tidak lupa diri bila gembira
dan cuma mula mencari KAU di saat hiba.. 
(^_____^)

Thursday, June 9, 2011

ilmu dan amal.

Assalamualaikum, Peace be Upon U! hari ini aku sebagai Bachelor of Law (Hons) Student. kalau kau, kau bangga? terpulang pada kau. actually, dah dua minggu lepas.. tapi ada hal-hal yang tak mungkin dapat aku elakkan. cuti aku tak sampai sebulan lagi woi! kau rasa-rasa aku ada keikhlasan hati dalam menuntut ilmu? insyaallah, ada. Allah pasti tolong kita sekiranya kita MAHU.. kan?

renungan untuk anda semua, tak lupa juga untuk diri aku sendiri..

ilmu mendahului amal, kerana ilmu adalah pokok dan syarat amal. tanpa ilmu, takde bezanya seorang mukmin dgn golongan Nasrani yang beramal tanpa ilmu. tapi, amalan tidak akan sempurna tanpa dipasakkan dengan tiga tiang:
ilmu yang menggerakkan TAHU
iradah yang menarik MAHU
dan 
qudrat yang menerbitkan MAMPU.
 
okey, got it?

seseorang itu tidak akan menginginkan sesuatu yang tidak diketahui,
  tanpa kemahuan, seseorang itu tidak akan mengejar kemampuan untuk melakukan sesuatu perbuatan. 
kemahuan jelas sekali bermula daripada ilmu.
 
 keikhlasan diri itu datangnya daripada Allah SWT, 
pintalah dengan sepenuh pengharapan
harapan yang sebenar hanyalah kepada Allah SWT.
 

Monday, May 30, 2011

kuat macam saya!


HATI kene KUAT, sekuat guruh dilangit.
DIRI kene TABAH, setabah semut mencari makanan.
OTAK kene  SABAR, sesabar lebah membawa madu ke sarang.
IMAN perlu ditambah, AGAMA perlu dicari.. 

hidup nie, kene belajar hidup solo. so, nie permulaannya. supaya tak manjakan hati itu ini nak orang buatkan, ade orang jaga, orang bebelkan.. dan bla bla bla~

aku dah besar laa. 
boleh dan pasti boleh!
tunggu, lihat saja.
aku macho & bergaya.
tak secantik Lady Gaga atau Ratu Kebaya..
selekeh kemana².
tapi aku hebat 
tak serupa mereka!

p/s: entry terakhir bulan May 2011. assalamualaikum!

Saturday, May 28, 2011

HAPPY BIRTHDAY Momot!


i wish i could say that and mean it.
Happy birthday 
and 
good luck with being nineteen 
and 
everything that comes with it.
i mean it... really! honestly, i do... AHHA.

Wednesday, May 25, 2011

Fatwa Sesat Dunia Fotografi.



Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Di sini saya nak kongsi beberapa fatwa sesat yg telah saya dengar drpd pelbagai golongan photographer.
  1. Jangan guna kitlens utk shoot macro, nanti lens boleh rosak. Kita mesti guna lens macro utk shoot macro
    • Hebat! Lens tu sgt intelligent sampai dia boleh tau kita tgh shoot apa. Gila kentang!
  2. Bila gambar gelap je, naikkan ISO - sifu Bulb
    • Usik la shutter speed & aperture dulu bang. Unless kalau mmg nak efek grain/noise, boleh lah.
  3. Gambar bunga pd dial kamera adalah utk digunakan bila kita masuk hutan - sifu Bulb
    • Gambar bunga tu digunakan kalau kita nak shoot macro atau close up la. Ape plak kena mengena dgn hutan?
  4. Jenama 3rd party (Tamron, Sigma, Tokina) tak bagus, cepat rosak. Gunakan brand yg original utk lens dan flash, baru tahan lama dan gambar lebih lawa- group jurufoto Facebook
    • Dlm group di facebook, group Jurufoto, ada 1 guy ni post, lens sigma dia rosak, dia tanya nak hantar repair kat mana since lens tu dah tamat warranty.
    • Then dgn confident nya ada la mamat lain reply;
      "Lain kali jgn beli 3rd party, cepat rosak. Beli brand yg original, baru la tahan lama"
    • Kalaulah 3rd party brand tu tak bagus dan cpt rosak, camne diorang boleh bertahan lama dlm industri?
    • Guna brand original, gambar lebih lawa? Ha ni sape ajar nih?
    • Setiap brand, coating lain-lain. Lawa tak lawa tu pulak subjektif pd yg melihat.
    • Andaikata saya upload 2 gambar yg sama, tp menggunakan lens yg berbeza, 1 original (Nikkor/Canon) dan 1 lg 3rd party, boleh ke dgn mata kasar anda tu, anda jwb gambar tu diambil guna lens apa? Boleh?
    • Just because anda ada bad experience dgn 3rd party brand pd 1 masa dulu, anda tak boleh buat kesimpulan mcm tu.
  5. 14MP compact camera lebih power drpd 10MP DSLR - sifu Bulb
    • Lebih power camne tu? Ce cite ce cite
    • Megapixel utk kamera compact tak boleh di compare dgn DSLR, kerana masing-masing mempunyai saiz sensor yg berbeza.
    • Sepertimana DSLR 12MP APS-C dgn DSLR 12MP Full Frame, walaupun sama-sama 12MP, tp disebabkan full frame mempunyai saiz sensor yg lebih besar, so lebih detail, tak sama dgn APS-C.
  6. Makin tinggi megapixel, gambar makin sharp
    • Fatwa ni antara yg terfeymes. Ramai berpendapat semakin tinggi MP, gambar semakin sharp.
    • MP (megapixel) hanya berperanan dlm menentukan saiz gambar.
    • Semakin tnggi MP, semakin besar saiz/resolution gambar tersebut, TAPI semakin besar tak bermakna ia semakin sharp.
    • MP yg tinggi berguna jika anda nak crop gambar tu tanpa nmpk pecah/pixellated.
    • Sharp atau tak, depends pn lens yg digunakan - focal length, bukaan aperture, serta setting dlm kamera utk sharpness.
    • Kalau guna kamera 800MP sekalipun, lps tu guna lens 50mm F1.8 pd aperture f/1.8, soft jugak gambar tu.
  7. Pro ramai guna Nikon. Canon tak bagus, sbb dia baru masuk industri kamera
    • Brand war adalah debat yg takkan setel sampai kiamat.
    • Statement yg datang drpd fanboy Nikon. Dia kata dah guna Nikon 10 tahun, sejak zmn filem lagi.
    • Then dia kata ramai pro guna Nikon sbb Canon ni baru je menceburi industri kamera.
    • SERIOUSLY?? Canon baru dlm industri kamera???
    • Ye ke pro byk guna Nikon? Semua brand sama-sama fight la. Statistik mana yg tunjuk pro byk guna Nikon, meh kasi tunjuk sama saya.
  8. Lens prime 35mm F2.8 ketinggalan zaman, tak bagus. Skrg org gunakan kitlens 18-55 - sifu Bulb
    • 35mm F2.8 tak bagus? Hoih, tu antara wide lens terhebat masa zaman full-frame analog, dgn hasil yg sgt sharp dan distortion yg sgt minimal.
    • Lps tu, bila kita nak compare something, biar ada genre. Bagus/tak bagus dari segi apa, bukan main belasah je ckp bagus/tak bagus.
    • Contoh - Lens 300mm F2.8 bagus utk sport, tp tak bagus utk shoot indoor wedding
  9. Shutter speed memainkan peranan dlm penghasilan bokeh
    • Apa plak kena mengena dgn shutter speed nih?
    • Bokeh ialah hasil drpd DOF yg sempit, yg mana disebabkan oleh aperture.
  10. Kalau lens tu takde VR/IS, gambar confirm blur sbb gegar
    • Kalau mcm tu, org-org lama yg guna lens without VR/IS tu semua gambar gegar la?
    • VR/IS tu mechanism utk MENGURANGKAN risiko gegaran, bkn MENGHILANGKAN
  11. Kamera akan cpt rosak kalau selalu tukar lens
    • Kalau fatwa ni betul, dah lama dah kamera saya jahanam.
    • Kalau kita ni jenis yg gelojoh, jgn kata tukar lens, masa tukar bateri atau memori kad tu pn boleh menyebabkan kamera rosak.
  12. Org yg gantung DSLR kat leher tu nmpk cool!
    • Premis 1: Wujud kaum Hawa yg suka tgk photographer.
    • Premis 2: Kaum Adam sukakan kaum Hawa.
    • Kesimpulan: Maka wujudlah kaum Adam yg beli DSLR semata-mata utk menampakkan diri mereka tu photographer supaya disukai oleh kaum Hawa.
      PS - aku selalu gak gantung DSLR, takde gurl approach pun :(
  13. "Gambar saya tak lawa sbb original, tak edit"
    • Biasa jwpn ni diberi oleh budak baru yg tak reti edit dan gambar tak lawa.
    • Bila org kritik/komen skit, ha tu lah jwpnnya.
    • Persoalannya, kalau edit, confirm lawa ke gambar tu?
  14. Kalau guna DSLR, gambar confirm cun!
    • Means in contrary, kalau guna kamera selain DSLR, gambar confirm tak cun la?
    • SKILL + KNOWLEDGE la bang. Sendiri mau ingat.
  15. Penggunaan filter dpt menghalang penumbuhan fungus
    • Filter - efek (CPL, ND, Color Filter), melindungi elemen hadapan lens
    • Fungus - tumbuh disebabkan kelembapan yg tinggi
    • So, mcm mana plak penumbuhan fungus yg disebabkan oleh kelembapan tu boleh dihalang dgn memakai filter yg tujuannya takde kena mengena langsung dgn kelembapan?
  16. Bokeh itu BULB - sifu bulb
    • Aku - "Bokeh tu ape eh?"
    • Sifu bulb - "Bokeh? Oh, ni bokeh" (sambil menunjukkan setting shutter speed BULB pd kamera beliau)
    • Aku - "Erk? Ye ke? Mcm langsung takde kaitan je"
    • Sifu Bulb - "Betul la bokeh tu bulb. Aku tak tau la fakulti kau ajar guna term apa, tp fakulti aku guna bulb"
  17. Kamera akan cepat rosak kalau selalu guna format RAW
    • Ni pun takleh blah gak. Meh saya story skit mcm mana penghasilan gambar itu berlaku, dari saat anda menekan shutter sampailah gambar tu disimpan dlm memori kad. Jika saya salah, tolong betulkan.
    • Setiap kali gambar diambil, originally formatnya adalah RAW (tanpa sebarang pemprosesan)
    • Kemudian, kamera akan check setting kita, sama ada kita pilih RAW atau JPEG
    • Jika kita pilih format RAW, maka gambar RAW itu tak akan diproses apa-apa, terus disimpan dlm m.kad
    • Jika kita pilih format JPEG, gambar RAW kita td akan dimasak mengikut 'ramuan' megapixel, sharpness, contrast, saturation etc etc, then disimpan dlm format JPEG di dlm m.kad
    • So technically, setiap snap, jadi ke tak jadi, OE ke UE, blur ke sharp, adalah RAW.
    • Dan dari RAW lah ia jadi JPEG. Bahan mentah (RAW) mesti wujud dulu, barulah ada makanannya (JPEG).
    • Kalaulah fatwa ni betul, means mmg kamera kita confirm akan rosaklah!
  18. Gambar Canon lebih sharp drpd Nikon (salah 1 drpd cabang Brand War)
    Awak, awak guna Canon & prime 50mm, lepas tu compare sharpness dgn Nikon & kitlens 1855, hilang akal ke apa?

    Plus, berapa sharp ko nak? Sampai luka mata tgk gambar ke?

    Dah teracun dgn Canon punya 'sharpness', dia pun jumpshiplah ke canon.

    Lepas tu bising gambar tak sharp mcm member, sbb guna kitlens je.
    Lain kali kalau nak compare, sama-sama la body APS-C/FX, guna lens yg sama, baru fight.

    Kalau korang masih nak fight mana bagus antara Nikon ke Canon ke kamera enset ke ape ke, lantak koranglah.

    Kami photographer yg bertauliah ni kerja kami senang je - we let our pictures do the talking.

  19. Mode BULB boleh merosakkan lens
    A'ah, especially jika lens tu tiada VR/IS, dan itu wide lens, ia akan cpt rosak jika mode Bulb digunakan.
    WAKLUUUUUUUUUUUUUUUUU!!!

    Dey, bulb tu shutter speed dlm body kamera. Apehal boleh kasi lens rosak lak?

    If sensor rosak tu mcm logik la sikit, sbb jika mode Bulb tu lama sgt, sensor boleh jadi terlalu panas, tapi kemungkinan ini sgt jarang berlaku.
  20. Guna ISO tinggi boleh buat kamera rosak
    Ish, semua benda boleh buat kamera rosak. Jgn main kamera lah!


    Sumber: Ejad Foto

Monday, May 23, 2011

tak lapuk lagi.

Masa aku tengah kemas² bilik, aku terbesin.. habuk dah ber'layer²', HAHA.
tengah kemas², macam² barang yang aku jumpa.
yelaa.. dah lama tak kemas bilik nie. balik pon dua bulan sekali je. 
so.. ingatan sedikit terganggu. cehh!
 
nie antara barang yang aku jumpa. 
sebenarnya banyak je lagi.. tapi biarlah aku je yang simpan. 
nanti aku tunjuk ada yang menangis pulak. muaHAHAHA.

 barang² nie time aku Form 3, sekarang aku dah abesh Dip. pon.. lama jugak aku simpan nie.

 1. nie buku keluar masuk Asrama. Form 3.

2. note book kecik nie aku punya, nie sebenarnya homework. tajuk esei tak silap aku. tapi si Poi nie bantai jadikan speech untuk aku. dia sayang aku lebih laa!


3. okey, nie speech dia yang terhebat tu. HAHA. ayat sekolah. ayat kanak² lagi. tapi, aku tetap rasa dia power. sebab aku tak pandai bahasa inggeris. lagipon dia T-o-p : TOP, macam sabun tu. HAHA. 
SEMUA DIATAS BOLEH CLICK UNTUK ENLARGE.

*lagu P Ramlee ada mengatakan, barang yang lama jangan dikenang.. nanti meranalah diri. 
tapi tengok jenis barang jugak kan? kehkehkeh!

Sunday, May 22, 2011

berjaya tak kira dimana. yang pasti USAHA!



* aku mungkin baran tak kira masa tapi aku tahan kalau yang salah engkau. 
   aku mungkin saja keras kepala, tapi aku manja bila kita berdua. 
HAHA.. ade? pedulik pulak aku kan. :)

.vitagen||sb700.





Thursday, May 12, 2011

tak sampai laa!


Assalamualaikum dan Salam Satu Dunia! hampir sebulan jugak aku tidak menulis. cuma & hanya berjalan ke blog² orang. apsal? sebab aku takde idea laa. aku bukan penulis yang hebat. aku supermentah je! HAHA. tak kisah laa kan. 

Apa yang aku tunggu² kan selama 3 tahun nie dah tercapai.  3 tahun ke? tak sampai laa! 2 tahun ++ laa. TAPI, memang tak sampai laa! 3 tahun. dari awal kemasukan aku untuk dapatkan Diploma, hati aku tak sudah² nak sampai ke Part 6. orang kata, itulaah jiwa yang tak matang. belum belajar, dah sibuk nak habis cepat! HAHA. pedulik pulak aku. 
macam pegi kelas laa. baru lect bukak mulut, dah sibuk tengok jam bila mau habis nie?! aku tau semua rasa apa yang aku rasa, atau kata lain nya, rasa yang sama. tak sabar nak balik rumah, lepak kat rumah, kerja & sebagainya. ada jugak yang dah nak kahwin! TAHNIAH laa ye. aku? lambat lagi. sampai seru ada laa. kann~ yang nak kawen jangan lupe jemput!

banyak yang aku dapat selama 2 tahun ++ nie, sekeliling aku di kelilingi manusia yang berhati-hati. maksud aku, bila berhadapan terlalu berhati-hati untuk menjaga hati pink manusia yang disekeliling mereka! terkadang aku terpikir, untuk apa semua itu? dan adakah itu semua akan menjadikan hubungan bertambah baik? aku.. manusia biasa, yang luarbiasa pemikirannya terkadang bodoh bertanyakan soalan sebegitu!
bukan apa, aku cuma tidak nampak keberkesanannya. 
jadi, apa yang kau lihat aku, itulah aku. bersendiri. tak obses untuk bergaul. 
aku juga manusia biasa. yang tak hebat mana. aku cuba mengelakkan dari mereka yang di depan senyum, belakang dengki, yang cemburu sakit hati mungkin teman kita sendiri, siapa tahu? HEHE.
 
kenapa aku tak habis² entry pasal kawan & yang bersangkut paut dengan tu? takde ape. 
cuma nya aku menilai kehidupan dari sudut yang berbeza.
kehidupan aku dikelilingi dengan mereka yang pelbagai warna hatinya.
 
terima kaseh 28-03 RSU yang bersabar dengan humor aku!
jutaan maaf dengan segala terkasar laku & bahasa.^.^
 
 
p/s: gambar adalah pemandangan dari bilik aku 28-03 RSU. 

Friday, April 22, 2011

bukan mimpi atau ilusi.

Peace Be Upon You! dan selamat sejahtera buat stalker dan pengikut setia. tak kesa laa kalau anda² stalker pun, aku tetap hargai korang² semua, terima kaseh ye! hari ini topik yang akan dibincangkan adalah kawan.

Kalau
Awak
Wangi
Aku
Nak!

Apa yang nak di perkatakan pasal kawan nie? tengok sebelah. tengok depan. tengok belakang. tengok atas. tengok bawah. okey. sekarang kita mungkin sedang dikelilingi dengan manusia yang di panggil kawan. mereka ada hati. perasaan. akal. tapi kita manusia nie pasti ada kekurangan.

aku, memang tak boleh jadi kawan yang sangat superb untuk korang semua, sebab untuk diri aku sendiri aku masih dalam kategori 'boleh laa'. memang tak hebat, memang tak handal. takde yang menarik. takde yang istimewa. aku tak pernah berjasa pada sesiapa yang bergelar kawan atau bahasa Raubnya 'member' dalam hidup nie. tapi aku selalu berjasa pada adik beradik aku. aku lah yang terhandal, aku terhebat! 

kenapa aku tak pernah berjasa? sebab aku tak rasa jasa itu akan di kenang, tapi yang selalu nya jasa itu akan di propagandakan. HAHA. hebat tak ayat? biasalah hidup berkawan nie. kan? bukanlah mintak untuk dikenang. tapi cukuplah sekadar ianya tidak di propagandakan. dan aku sebagai kawan, selalunya akan merasa segan untuk minta jasa baik daripada mereka yang bergelar kawan, yelaah. dunia nie tak semua indah. dan manusia itu takde yang sempurna. kita buat baik atau tak sama je. macam² cerita macam² berita yang keluar. cuma kesohihan cerita & berita tersebut hanya akan diterima oleh akal yang sihat. HAHA.

ciri² kawan yang baik:
jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya; jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menanyakan kesusahan kamu; jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu; jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkanmu; jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu; jika kamu berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan.

"tapi macam mana pulak bila dia dah banyak tolong, diungkitkan pulak pertolongan tu. haip, ikhlas ke dia? tak kesah pun. itu hal dia dengan Allah. kita manusia mana ada hak nak tentukan sama ada ikhlas atau tak. 

dia ke kawan, kalau masa lapang memang di habiskan dengan sesi umpatan dan cacian dan tajuk utama atau sekilas pandang adalah kita yang selalu menjadi kawan dia? tak siapa boleh menilai. kita yang menerima patut sedar hal itu."

okey. itu realiti okey. korang pon pasti pernah. aku juga. tapi, cara aku lain. kalau andaikata aku tak suka kau, maka.. aku tidak akan bermesra berhutang nyawa nak balas jasa bergelak ketawa atau haruk tak ingat dunia bersama kau. aku akan berjasa dengan kau, kalau niat nak berjasa sampai. jadi jasa aku akan ikhlas dunia dan akhirat. tidak laa aku berjasa hanya untuk menjaga hati merah kau saja. 

itu aku. tapi tak tau la cara anda semua macam mana. harap taklaa bermuka². atau depan sentiasa manis, tapi kat belakang gunting dalam lipatan. semua nak di canang nya! hei, jangan laah macam tu. tak baik.

apa yang selalu terjadi, kawan akan menjadi lawan, dan lawan pula yang akan menjadi sahabat kita ke akhirnya. apa pun manusia ini punya kekurangan dan yang pasti dunia ini tak selalu indah. 

kawan, sahabat dan kenalan semua berbeza pada pendapat aku. dan terpulang juga macam mana anda² semua mendefinisikannya! pendapat aku, seorang kawan tidak ada yang istimewa, hanya sesuai untuk dijadikan tempat berborak dan biasanya kawan untuk bergembira lebih ramai daripada kawan berduka.itu lah kawan yang sebenar. 

sahabat ia lebih menghargai kehadiran kita. hubungan yang terjalin ada unsur² kepercayaan & kejujuran. sahabat selalu nya tidak akan memburukkan sahabatnya yang lain. kenalan pula, sekadar kenalan. anda alami, anda baca, anda faham. 

 sekian terima kaseh bagi anda² yang membaca. selamat berhujung minggu! 

p/s: aku bakal menamatkan zaman Diploma!