Friday, December 31, 2010

this 1432H | coming 2011.

i SHOULD 
NEVER expect. 
NEVER demand.
 NEVER assume.


i SHOULD KNOW  
my limits.
 KNOW 
my role. 
KNOW  
where i stand.


i WONT GET 
affected. 
 GET 
jealous.
 GET 
paranoid.


.i'LL JUST BE HAPPY.

Thursday, December 30, 2010

vespa




Monday, December 27, 2010

tak suka aku.. lalala.


aku memang tak suka orang kacau aku tengah tido. nak tengok aku mengamuk, sila cuba dan try malah boleh testing skali. silakan..
aku tak suka kau yang lebih².
aku tak suka bercakap bila aku rasa aku taknak bercakap.
aku tak suka bergaul bila aku rasa aku taknak bergaul.
aku tak suka di suruh. 
aku tak suka menyuruh.
aku tak suka kecoh², bising no hal.. kecoh jangan. ape beza nya? cari dalam kamus.
aku tak suka kau, hipokrit!
aku tak suka dia, pendusta!
aku tak suka korang, para backstabber!
aku tak suka jaga tepi kain orang lain. sebab aku tak rasa aku nie besh dari orang lain tue. lantakk!

aku
ade dunia aku sendiri.
cukup ade lappy kesayangan yang hadir bsama brodben gilaan.
memadai ada nset yang hidup segan mati tak mau. HAHA
aku boleh hidup dalam bilik sorang².
kau nak cakap apa? suka kau laa! 
tak reti aku nak selotep mulut orang laa.
aku berubah kerana keadaan sekeliling.
yesh, itu mempengaruhi aku!
sekian. 


Saturday, December 25, 2010

Friday, December 24, 2010

30 hari tersudahnya



30 hari bagai 1 tahun.
seronok, sangat! 
30 hari.
belajar macam².
30 hari.
3 hari je tak mengantuk.
bayangkan?
30 hari.
cukup untuk menjadikan kot aku bau seperti akulah perokok tegar.
30 hari.
setiap hari menghitung hari untuk ke 30 hari.
30 hari.
genap pada hari ini.

Wednesday, December 22, 2010

sila percaya

okey.. nie tajuk actually cite pasal masalah saat kau atau aku 'menembak' sesuatu dengan BUKAN menggunakan raifal, karbin mahupun pistol! bukan juga mengenai 'menangkap' OKT atau OYDS. ini adalah mengenai pengunaan digital single-lens reflex cameras, okey.. atau bahase y korang paam DSLR! saat² tersebut pasti menarik khalayak umum untuk melihat kedudukan anda..~  sekali dan pertama, pada yang tak faham dan takkan faham orang yang jenis 
' i Photography ' akan mula  
bertutur: "uh, perlu ke sampai meniarap begitu nak amek gambo? orang PRO takde wat gitu pon! nampak sangat xPRO." 
lagi soklan: " kenapa nak gaya macam tue time nak amek gambar?" erk?..
lagi kenyataan: "HAHA, kelakar gile cara dia amek gambar!" ouh.. banyak betul 'gile' dia. (takde kene mengene dengan kesalahan memegang kemera)
kenyataan lagi: " pergh! gaya amek gambar bkan maen lagi, hasilnya nanti lawo lagi nenek aku snap!" 
kenyataan pasti! : "HAHA, kenapa tak baring je?" (nie kalo kedudukan badan korang ala² nak me'landing' badan laa)
kenyataan paling setuju: ''cepat², putograper tue nak amek gambo!'' aminn.. moge jadi sungguh putograper tue!
 

jawapan untuk anda², mane anda tau mereka yang PRO tak bergaya dengan pelbagai cara ha? senang canie, ekot cara aku. aku dalam amek² gambo nie sume aku penah. meniarap, baring cangkong.. sume ade! untuk ape? untuk gambar yang kita nak laaa.. kan? jangan laa malu. memang malu perisai orang beriman, tapi agakla. selagi tak langgar devider hukum syara', ia masih di jalan 'no hal lah!'. 

kedudukan time amek gambar nie penting actually. tak kesa kalau anda² tertonggang tebalik pon! kedudukan badan yang sesuai yang dapat mengurangkan gerakan atau getaran semasa shutter ditekan. kedudukan yang betul dapat menghasilkan gambar berkualiti dan lebih tajam dan ++  memuaskan. 

kalau time tengah berdiri, jangan di bukak ketiak tue luas², makin luas makin laa kuat vibrate jadi. kaki mesti terbuka, jangan rapatkan. tak stabil badan! kalo tak cukup ruang, kalo rase perlu besandar, sandar jele. kalo ade benda yang dapat ampu tangan kita pon okey. lagi stabil so, kurang laa vibrate.

macam anda² yang tak biase meniarap, rapatkan tangan. jangan pegang kemera dengan cara ketiak terbukak luas. cara cani dapat kukuhkan lagi pegangan dan mengurangkan pergerakan semasa shutter ditekan.

untuk time amek gambar cara duduk or cangkok, etc.. tangan mesti di ampu lutut, jgan biarkan tangan tgantung di ampu angin. HAHA. 

okey? setel. nie je mampu. aku berkongsi apa yang aku ada. takde macam mane nak kongsi.  kalo ada anda² yang baru² berjinak kalo ade kursus ke ape ke untuk asas fotografi, pergi le. tak rugi pon. dari asek dok berlagak dengan kemre beso tue tegantong kat leher, hakikatnya tak reti gune, rugi!
 
selamat semuanya, selamat aku jua!

Friday, December 17, 2010

aku yang rajin.

nie namanya bila di tag kalo aku rajin, aku watla. agipon aku tak masuk ofis pagi nie, Tuan Majistret takde, Puan Hakim pon takde. so, lepak rumah is the besh way dari duduk ofis tanpa sebarang kerja (melangok). HAHA.

tag nie mengenai 25 perkara tentang aku. nak baca? taknak sudah. aku pon tak heran. yang baca tue trimas la ye.. :)

pertama sekali benda yang penting dalam hidup aku, adalah iman. takde iman, takde la aku sebaik ini. HAHA. (yesh, aku memang perasan!).  

benda terkhir aku beli guna duit aku topup, semalam. yang mahal sikit dari topup, jam laa. time nak raya hari tue. 

aku anak ke4 dari 5 adik beradik. 3 abang, sorang adik pompuan. antara ke5² nie, aku paleng besh!

buku terakhir aku baca.. semalam. 379 Kanun Keseksaan, nak tau ape? seksaan bagi kesalahan mencuri laa.

antara ibu ngan ayah, aku lebih kepada ibu. HAHA. ayah garang. ayah orangnya serius. TAKUT! huhu. tapi orang kata prangai aku macam ayah. huh? ayah tak suka aku melawak bodoh, tapi ibu layan je. ayah tak suka aku banyak main², tapi aku suka main². cane? laen kot aku dengan ayah.

orang yang aku betol² nak jumpa dalam Malaysia nie.. Tan Sri Ghani Patail, tapi dia nak ke jumpa aku? buang maso. Datuk Azailiza Mohd Ahad pon okey gak. ehm. tingginye cecite! ins.allah satu hari nanti!

 aku nak tersangat kerjakan Umrah, tapi taktau bile. ade rejki nanti, insyaallah.

wat masa nie aku belajar lagi. cuti nie aku praktikal. undang² dan syariah pilihan ayah untuk aku. cane? terima jela. dah final year pon. tapi, dip baru. HAHA. aku tak suka pon, aku still boleh bawak. so far, takde yang mengecewakan ayah. agak nye laa.. Alhamdulillah.

bila aku ada duit sikit nanti, aku nak beli austin cooper. wahh.. mengidam. aku tak mampu nak pakai kete beso² dari aku. HAHA.

yesh! aku suka dia. SUKA okey. bukan CINTA. dia biasa. dia simple. tapi dia gojes! auuww! terpesona i nyahh!

cepat marah mmg aku la tue, tapi aku cepat sejuk.

aku akan diam bila mendengar.

aku lah pendengar terbaik.

aku suka memerhati dan kutuk dalam hati. HAHA.

aku simple. sampai ada yang cakap aku selekeh. takde hal lahh! mulut kau, apa aku susah.

aku suka hitam. hitam tandanya manis, masin kadang² je. macam kicap. dunia dan kehidupan pon adakala macam kicap. 

aku suka putih. putih tandanya suci.

aku suka merah jambu. merah jambu tandanya aku 'jambu'! auww! HAHA.

 aku minum susu sekarang. sebab aku kurang kalsium.

aku cepat berubah mood. 

aku ade K660i, Aspire 4935, Nikon D90.

aku suka kumpul koleksi jam. Swatch, Patek Philippe. tapi, aku salu pakai swatch je. sempoi cket. orang tgok pon cam jam murah. nak curi mesti dua tiga kali pk. HAHA. 

aku pakai siper Fipper, hitam putih. 

aku tak suka makan. aku suka berjalan!

aku suka ABC dari cendol.

Sunday, December 12, 2010

aku dah mula ketagih!














zaman dah bteknologi sanggeh manggeh. benda nie mungkin susah cket nak jumpa. sebab dah lama kan. guna pakai dan dengar apatah lagi. besar gabak camnie letak kat rumah je.
takkan laa nak junjung ke hulu ke hilir macam iPod tue kan. mana tau satu ari nanti. 
hari nie orang sibuk dengan kemere besar gabak tue, letak kat leher. 
jadi kebanggaan. tak reti guna pon takpe. 
hatta kerap guna mode Auto pon orang tak tau. 
asal nampak hebat.
cet!! porraahh! 

esok lusa mana laa tau
orang sibuk lak ngan record player nie. besar jugak.
anak muda sekalian, try la cari record player nie. 
layan bunyi dia!
nie abg aku yang beli kat Dublin . awesome! 


lama tak semestinya tak berguna,
lama tak semestinya takde yang mencarinya..
aku dah mula ketagih! 
(^___^)



Saturday, December 11, 2010

karbon

tag dari SiTiHiDAHAJiRA. merci~ ;)

1. Adakah anda rasa anda HOT?
    SANGAT!! haha.

2. Update wallpaper anda guna sekarang.
     PERLU KE?.. haiyaak!
      
     3. Cerita about this picture.
          takde yang MENARIK pon laa. cuma banyak² trial light 
          trail aku wat nie paleng memikat hati. dats all~ ;)

    4. Kali terakhir makan pizza.
        6 Disember 10. 

    5. Lagu terakhir anda dengar.
        Ya Habibi Ali Baba. (M.U.H)

    6. Apa yang anda buat selain selesaikan tag ni?
        Edit gambar.

    7. Selain nama sendiri anda dipanggil dengan nama apa?
        cix, dodot, dsb...


    8. tag lagi 5 orang
        - MyZA SAM
        - NADiHA
        - ALiA
        - abcde..

    9.  Siapa orang nombor 1 dengan anda?
         member.

    10. Katakan sesuatu kepada orang nombor 5.
          sila lakukan tag ini. HAHA.

    11. Nombor 3 ada hubungan dengan siapa?
          Farid Kamil. ;)

    12. Bagaimana pula dengan nombor 2
          Josh Groban. ;p

    13. Kata kata cinta pada orang nombor 4?
          Chenta kau habesh! HAHA.

    14. berikan 4 fakta yang anda tahu tentang orang yang anda tag:
           - manusia
           - berakal
           - bernama
           - berjantina

    Monday, December 6, 2010