Thursday, April 14, 2011

realiti keyakinan insan yang penuh visi!

 
anda PASTI TERsenyum! tak caya.. baca sampai abesh~ ;)
 
1. Membaca tanpa menghiraukan sekeliling. Yang kepoh jadi pendiam. (orang masuk keluar bilik pun tak perasan, kalau orang tanya pun muka pandang nota je, jawab pon nak tak nak. Kalau jalan.jalan tersepak batu tu, reaksi dia lambat sikit. Sebab otak full load )
 
2. Membaca dengan kadar yang cepat. (entah faham ke tak belakang kira, sebab nak jawab subjektif, hentam pon boleh, yang penting ada point nak goreng )

 
3. Nak turun café tu fikir 2,3 kali. Tak pun sekali sehari je. Tu pun bungkus. cepat. jimat masa makan kat bilik. Sambil makan boleh membaca apa yg patut.

4. Time nak exam baru laaa nak full semayang (harap2 sahabat disini tak begini la). Solat sunat sampai nak batal air sembahyang. Doa macam.macam. (dan.dan. tapi alhamdulillah)

5. Agak yang nak mereng tu start la nak bukak mp3 volume paling sakit telinga. Tapi time ni memang tak sakit telinga. Sebab sakit otak lebih dari sakit telinga.

 
6. Masa tidur pon boleh terbayang-bayang yang baca tadi (ada tu siap ambik handout letak tepi bantal.) Moga-moga dapat buat daya serapan terus lagi bagus.

7. Masa borak dengan kawan pun cakap pasal pelajaran je. (ni part tak leh blah la. Time mandi pun ada yang tanya-tanya. Dahsyat.)

8. Kalau main message tu balas sikit.sikit je. Pendek pendek. Tak de mase nak fikir taip panjang.panjang.

9. Sebab nak exam duduk dalam bilik je. Mengadap handout, buku, nota.nota. (jadi beruang kutub, sampai rambut serabai pon tak perasan) selalunye merayau g bilik orang. Tak pun keluar. G main bowling lah. Tgk wayang lah. Pantang ade mase terluang.
Nak buang sampah pun terbawak pen. (ni kes cuak sangat nie!)

 
10. Agak² stok megi tu habis kot untuk orang yang gila study. Jimat masa nak turun café masak air je pastu letak megi. Nak budak pandai sikit tak makan megi. Minum milo. Makan biskut hup seng ke, nestum ke. Roti memang dah prepare dah. Suruh member beli.

 
11. Nak bukak facebook rasa tak senang gila. Perghh. Membazir.masa. (time ni memang tertekan gila. Kena berperang dengan diri sendiri nak bukak facebook, formspring, blog. Sebab laptop depan mata. Kabel/wifi/broadband kat sebelah je. Exam minggu depan. Nanti duduk depan facebook memang buku OFF9 terus.)

 
12. Time ni laa baru bukak buku tebal. Bukak kamus tu yang tak tahan tu. Masa lecture dulu tak faham tak de hati pulak nak bukak kamus kan. ;P

 
13. Asyik-asyik tengok jam je. Sampai tak cukup jam handphone, jam tangan. Tanya lagi member sebelah. Haihhh. Keliru sangat budak nih.

14. Stok Nescafe, kopi tongkat ali, kopi mak dara, cucu dara semua memang ade lah. Nak stay up.

15. Hah. Ni memang sure. Meja studi bersepah gila. Mana dengan highlighternya. Pen biru, hitam , merah. Kertas-kertas memang confirm bersepah punya. Agak² ade nota yang hilang tu mula nak naik angin. Buku semua terbukak. Kalau ada buku tambahan dari library tu semua nak dibukaknya serentak. Ada tu 4,5 buku serentak bukak.

16. Masa ni lah status facebook, blog “mintak maaf. Doakan exam nanti”

17. Muka blurr je. Sebab otak dah full tank. Makan sorang-sorang pon dah tak heran. Sebab tak nak membazir mase lepak ramai-ramai. Nanti ade je bende nk borak.

 
18. Kalau nak cakap pon tersasul-sasul. Salah cakap. Pastu cakap benda merepek je. Muka dah la cam zombie. Cakap merepek.repek sebab otak fikit handout, nota tak baca lagi vs nak jalan-jalan. Nak borak.borak. sampai satu tahap rasa nak rebus buku dengan handout semua. lagi merepek die cakap sebenarnye, lagi banyak topic die tak cover tu.
  
19. Time ni jugak lah baru terfikir kenapa lah aku tak study awal². Kan senang. Haihh. Pastu ada pulak yang buat azam untuk semester depan. Tak nak buat dah macam sem sekarang. *padahal tiap² sem azam sama. Tak berubah gak. Tak pun menjadi semangat dia masa awal sem je. Sampai minggu ketiga dah hancusss.
 

Konklusionnya: jangan usik budak nak exam. Cepat je die nak naik darah. Sebab hormone dia semua tengah berlaga-laga. Otak pun dah overload.
 
 
kalo aku la.. yang bold tue la TERjadi. haha. ;)
 
p/s: entry nie aku ulang tayang semulaa.. taun lepas aku ada masukkan! *maaf.
final exam aku 19hb minggu depan.
wish me luck! 
.___.

4 comments:

  1. hahahaa memang kelakar lah...sangat2 betul tejadi bila nak dekat exam...muahahaa nice2!

    ~wish u luck in exam oke.. :)

    ReplyDelete

Terima Kaseh daun keladi.. rajen nanti komen lagi ;)