Friday, May 22, 2009

saya r i n d u dia..


Sedaya upaya aku cuba mengembirakan hati ini, agar setiap ayat yang bakal zahir akan mampu mengukir senyuman dibibir. Walau sekadar luaran, aku mahu kelihatan gembira seolah sedang mengecapi bahagianya hidup didunia ini. Walau pun hakikat yang aku lalui, tidak seorang pun yang akan tahu betapa kecamuknya jiwa ini. Namun aku akan tetap berdiri meneruskan perjalanan hidup ini.

Setelah aku cuba mengatur semula perjalanan hidup ini, setelah semuanya kurasa sudah kembali pada jalan yang betul, keinginan terlalu kuat untuk aku gerakkan jemari menekan setiap huruf di keybord ini. Mungkin juga kerana minat yang terlalu dalam untuk aku terus menaip luahan kata2 disini, membuatkan kesinambungan Kalam dari Hati ini terhasil. Atau mungkin aku tahu ramai diluar sana yang masih sudi membaca dan menghayati.

Aku juga sedar, diluar sana masih ramai yang sedang berjuang berperang di medan hidup ini dengan cara masing2. Dan yang nyata aku tidak keseorangan didunia ini, walau dalam gembira mahu pun sedih.

Dalam aku meniti hari2 yang mendatang, ingatan aku tanpa paksa terus menerawang ke masa lampau. Dan bila ianya berlaku, rindu mula menggamit di setiap benak perasaan ini.

Aku cuba membawa semula kenangan lampau, lalu kurungkaikan satu persatu disini dalam bentuk susunan ayat yang cantik, yang sedap didengar serta yang mudah dihayati namun tak lari dari apa yang sebenar2 perasaan yang aku lalui selama ni.

Setiap manusia ada caturan hidup masing2 didunia ni. Dan aku juga begitu.. terguris, pedih menahan tangis duka yang sering kali gugur dipipi ini. Lama kelamaan aku begitu lali, menjadi begitu kebal dan tabah dalam mengharungi hidup ini.

Alah bisa tegal biasa, walau aku sudah cukup kuat untuk semua ni, tapi aku tak boleh elak dari terus merindui setiap kenangan manis yang pernah aku kecapi. Dan semakin lama, tanpa aku paksa, perasaan ini semakin mencengkam di jiwa ini..Ah...sememangnya kenangan akan sentiasa memburu kehidupan ini...tak kira sejauh mana aku cuba tinggalkan...

Walau masih wujud larva rindu terhadap kenangan manis yang tercipta sebelum ini, namun aku masih waras, masih berpijak pada bumi yang nyata. Masih banyak yang perlu aku fikir selain soal cinta. Namun hidup aku pasti akan kuhiasi dengan cinta agar hidup ini sentiasa harum kerana cinta itu bagi aku umpama bunga yang kembang mekar mewangi ditaman hati.

Kali terakhir aku merasa perasaan sayang, ketika aku bersama .., tetapi yang hairan, kenapa aku hanya merindui dye??...seolah2 hanya dye yang wujud dalam hidup aku yang lepas. Aku akui, dia yang terbaik pernah aku kenal, dan mungkin sebab itu masih ada rindu untuknya.

Walau apa, hakikat harus diterima. Dia bukan untukku. Lalu, aku terlalu berharap agar ditemukan dengan seorang insan yang setanding dengannya kerana aku tahu, aku terlalu bahagia bila bersamanya, cuma mungkin aku bukan jodoh yang terbaik untuknya, maka berakhirlah cinta aku dan dia.

Saat ini, tiada seorang pun yang bertakhta dihati ini. Mungkin aku belum cukup sedia untuk semua itu. Dan yang pasti, aku lebih senang hidup sendirian seperti sekarang.

Sesekali membelek buku lama, terjumpa ayat2 cinta yang masih aku simpan dan disaat2 akhir terputusnya cinta aku dan dia...

Ia akan kekal dalam simpanan aku...setiap kata yang diluah begitu sayu... Ah, sebak hati ini setiap kali membacanya dan pasti air mata ini akan gugur mengenang kenangan itu...

Hati Berbicara Lagi




No comments:

Post a Comment

Terima Kaseh daun keladi.. rajen nanti komen lagi ;)