Wednesday, June 29, 2011

june.




camera: K660i je..
lokasi: Pantai Kuala Linggi.
dulu.. dulu.. dulu.. kalo hati tak tenang tu, sini laa tempat lepak.. tak kesa laa pagi ke, terik mentari ke.. tebenam matahari ke, semua da merasa.. ecececeh..hakhakhak. yelaa, tempat aku bukan dalam bandar. tempat aku ceruk kampung. sini je tempat paling cool.angin sepoi² languange.
penah sekali hujan lebat..time² tu, time Tsunami kat Jepun masih hot lagi, haihh, hati risau. takut Tsunami jugak! haha. asek dok pandang luar tingkap. sekali guruh+petir.. terkojut den! haha.. padan muka.

sok luse tulat tubin tu pulak, baca dalam paper.. Pantai Linggi ade buaya? yoyo oo je! alaa.. takkan paper tu nak nipu pulak kan? siap ade interview ngan pduduk kat situ laa.. so lepas dari tu dah tak berani lagi nak pegi.. sampai laa sekarang, dah tak penah jejak lagi da.

 "Allah jualah yang menciptakan langit dan bumi (dengan segala keindahannya)" 2:117

Tuesday, June 28, 2011

27 Rejab


"Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haraam (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui."  17:1

*terjadinya macam² kejadian yang penuh pengajaran untuk kita sama² hayati di sebalik pelbagai peristiwa.  

bukan sekadar sebuah kisah sejarah yang diceritakan setiap 27 Rejab kembali..
 
time inilah, manusia diwajibkan untuk menunaikan solat lima waktu. masih ingat lagi?..
selepas 9x Rasulullah merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah perkenan memfardhukan sembahyang 5 waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga..   

*kita, manusia.. akan berubah kerana Allah. mungkin esok, mungkin lusa..*

Saturday, June 25, 2011

waktu.

sekolah
  • darjah 1 dah jadi samseng.. tumbuk kawan sampai berdarah hidung. nak tunjuk handal laa..
  • tak pepasal kes tu jadi tajuk utama kat assembly.. huh! malu time tu takde rasa. darjah 1 kan.
  • sejak tu  takut cikgu. takut pengawas. HAHA.
  • dah besar sikit, tingkatan 2 macam tu, tinggal kat hostel. biasala kat hostel  jadi 'spy' cikgu laa.. ape laa.. semua nak jadi student emas. jiwa manusia macam aku nie mana suka benda² tu semua. 
  • melawan & bertekak ngan 'Biro- Biro' hostel time tu perkara biasa. 
  • dengan pengawas lagi aku tak boleh pegi.. padahal kawan²   aku para²   pengawas jugak. cet! tak takut la. ;D
  • ponteng sekolah time bulan puasa, tidur kat hostel. dah komfem² macik cleaner tu report kat warden, huh.. ape laa! 
  • tingkatan 3, masing² macam dah tau lepas nie susah dah nak jumpe. time nie masa lebih banyak dikongsi bersama. macam² hal. 
  • ponteng prep. sorok kat surau. sampai sorok bawah dapur dewan makan. kene denda ramai². padan muka.
  • main hujan. hujan yang disertai guruh+petir.. tengah padang lak tu, korang ade brann? HAHA.
  • masa dah dekat nak PMR, study matimati. dengan maggi nye.. nescafe nye.. wallllaaa! tapi aku, rilex tidoo.. haih! 
  • so dorang berjaya dengan jaya nya.. aku lak, biasa je.. cukupla. Alhamdulillah. walaupun tido je.. result lagi better dari exam² biasa. caya kan? well.. ahha!
  • tingkatan 4, geng dah takde sangat. so baik sikit. dalam kelas, melawan cakap cikgu. tetap ade!
  • sampai bengang cikgu tu dengan aku. cikgu sejarah. dia baru keluar maktab time tu. emm.. lagi laa aku kenekan dia. 
  • jiwa muda.. darah panas lagi. semua tak kena. haish!
  • tingkatan 5, ++ hampes dari taun² lepas. dalam kelas tetap wat hal. makan, tidur.. selambe! 
  • ponteng kelas kimia, sebab bosan lebih dari tahap. tak masok lab. duduk dalam kelas. muka² wanted..tak pegi kelas, memang cikgu cari laa kan.  "apsal tak masok kelas saya?..". aku diam je. yang lain tengah tidur,hampess! "turun sekarang, atau nama dekat pengetua!" ouh.. cikgu, pegi laa. tak kesa pon. 
  • selang berapa hari.. announcement pepagi buta kat sekolah. haih, nape nama kitorang TOP laak pagi nie.. "nama² yang disebut sila berjumpa Pengetua". pergh! bederau darah.. 
  • time SPM, tetengah malam tetibe lapar.. pecah masuk dewan makan. rebus telur. curi oren. haha. 
  • dulu ada cikgu cabar aku untuk jadi seorang lawyer, sebab aku banyak loyer buruk dengan dia. [saya sekarang tengah sahut cabaran cikgu, saya jadikan itu semangat. yes, saya nakal. tapi tu dulu cikgu..]
  • ada jugak cikgu yang  rasa aku & 'kitorang' tak boleh melangkah jauh.. tapi hari ini, kami sekelas 12 orang berjaya menjejak kaki ke Universiti.. Alhamdulillah, terima kasih cikgu..

*pengalaman mengajar aku menjadi manusia yang lebih better pada hari ini jika dibanding dengan hari semalam. takkan ada aku yang hari ini, jika semalam aku penuhi dengan tertibnya. 
bukan berbangga dengan silapnya aku semalam, 
 berkongsi aku yang semalam,
 untuk aku hari ini.. yang lebih dewasa. 
^____^

sahut dan sambutlah seruan Allah dan seruan RasulNya apabila Ia menyeru kamu kepada perkara-perkara yang menjadikan kamu hidup sempurna. 8:24
 
 sesungguhnya Allah tidak akan mengubah sesuatu nikmat yang telah dikurniakanNya kepada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. 8:53

Wednesday, June 22, 2011

cari.

Allah engkau  penuh kasih sayang,
takkan pernah engkau biarkan hambaMu menangis,
kerana kemurahanMu,
kerana kasih sayangMu..

meski tak daya ku harap rebut cintaMu,
meski begitu hina ku bersimpuh,
Kau selalu terjaga yang memberi segala.

Monday, June 20, 2011

kejar.

Andai dapat aku mengulang,
Waktu hilang & terbuang,
Andai dapat perbaiki segala yang terjadi.

*Tapi waktu tak berhenti,
Tapi detik tak kembali..
Harap ampunkan hambaMu ini..~

Sunday, June 19, 2011

TERIMA KASIH.

TERIMA KASEH.. pada mereka yang meraikan ulangtahun kelahiran beta.
TERIMA KASEH.. pada mereka yang mengucapkan selamat
TERIMA KASEH.. sebab anda semua tak lupa  (thanks ALLAH, ada fb.. HAHA)
TERIMA KASEH.. Hida Hajira. :) (perasan jap)
TERIMA KASEH.. daun keladi, TERIMA KASEH.. klcc.

sayang korang semua!
*Moga anda semua dilimpahi Rahmat, Taufik & Hidayah dari NYA*

my HERO.

AYAH, look at me
think back and talk to me
did i grow up according to plan?
and do you think im wasting my time, doing think i wanna do?
but its hurts when you disapprove all along

i try not to think, about the pain i feel inside
did you know you used to be my hero...?


and now i try hard to make it..
i just want to make you proud.
im never gonna good enough for you, AYAH.
i cant pretend that im alright..

*HAPPY FATHERS DAY, ayah*
*terima kasih untuk semua*

"dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya;.."
31:14

Friday, June 10, 2011

we need a 'Doctor'



manusia lahir bersama dengan sifat nurani 
yang inginkan kedamaian dalam jiwa.
terkadang keinginan nafsu menyebabkan 
hilangnya rasa tersebut.
namun, Allah membimbing kita manusia dgn 
wahyu & akal hingga segala godaan 
dapat dihadapi dengan jiwa takwa & hati bersih.

hati yang dulu dari hitam ke warna asalnya, 
insyaAllah akan di vanishkan setiap ari, 
jiwa sedang kacau. 
mencari benda yang tak pasti. 
berfikir kadang terikut hati, 
sedangkan diri mmpu berdikari. 
mungkin hidup nie bukan seindah yang kita impi, 
tapi selagi namanya hidup.. 
diri terpaksa hadapi,
hati kene mampu, 
akal kene berusaha.
jiwa kene ikhlas. 

paksaan & hipokrasi positif mungkin akan mendidik jiwa 
untuk menjadi yang lebih baik. 
sama ada hidup boleh berubah menjadi yang btambah² baik 
atau 
buruk seburuknya jika kita betul² berada di tengah²
kalangan mereka yang tidak mengenali diri kita seadanya. 

apa yang penting, 
jika kita mahukan sesuatu.. 
insyaAllah Allah akan menolong. 
andai punya peluang, 
cari lah sesuatu yang boleh membawa 
kebahagian dunia dan kesejahteraan akhirat kelak,
seimbangkan lahh. 

ramai yang telah mendapat Hidayah, 
tetapi 
mungkin tidak ramai yang menerima TaufikNya 
untuk melakukan sesuatu yang baik.

till then~  ASSALAMUALAIKUM.. 

p/s: selamat beramal! 
jangan puisi ini disalah tafsir pula, 
bukan berkhutbah, 
cuba betul diri ini,
cuma ingin hidup sempurna.
harap ku tidak lupa diri bila gembira
dan cuma mula mencari KAU di saat hiba.. 
(^_____^)

Thursday, June 9, 2011

ilmu dan amal.

Assalamualaikum, Peace be Upon U! hari ini aku sebagai Bachelor of Law (Hons) Student. kalau kau, kau bangga? terpulang pada kau. actually, dah dua minggu lepas.. tapi ada hal-hal yang tak mungkin dapat aku elakkan. cuti aku tak sampai sebulan lagi woi! kau rasa-rasa aku ada keikhlasan hati dalam menuntut ilmu? insyaallah, ada. Allah pasti tolong kita sekiranya kita MAHU.. kan?

renungan untuk anda semua, tak lupa juga untuk diri aku sendiri..

ilmu mendahului amal, kerana ilmu adalah pokok dan syarat amal. tanpa ilmu, takde bezanya seorang mukmin dgn golongan Nasrani yang beramal tanpa ilmu. tapi, amalan tidak akan sempurna tanpa dipasakkan dengan tiga tiang:
ilmu yang menggerakkan TAHU
iradah yang menarik MAHU
dan 
qudrat yang menerbitkan MAMPU.
 
okey, got it?

seseorang itu tidak akan menginginkan sesuatu yang tidak diketahui,
  tanpa kemahuan, seseorang itu tidak akan mengejar kemampuan untuk melakukan sesuatu perbuatan. 
kemahuan jelas sekali bermula daripada ilmu.
 
 keikhlasan diri itu datangnya daripada Allah SWT, 
pintalah dengan sepenuh pengharapan
harapan yang sebenar hanyalah kepada Allah SWT.