Monday, August 24, 2009

ramadhan..

ari nie da masok ari ke-3 umat Islam pose(puasa).. emm.. same cam y laen.. aq tirot bpOse.. hahah!
cume y laen nye kali nie pOse aq berbuka+sahOr sOrang2 je.. (yelaa.. da dOk perantauan kan.. mesti kene tabah!)
bukan kecik agi asek dOk bwah ketiak parents~ huhuh..
blaja berdikariii.. OoOoO~
berbuka xde makan y besh2 cam kat umah..
xde air pelbagai ase..
haahahah~
cian kan?
biase aa edOp di perantauan..
kepada sume..
selamat menyambut Ramadhan y mulia dengan penuh keikhlasan!
Ramadhan banyak pahala y kite bleh kejar dari bulan2 y laen..
nak atau x je.. terpulang la..
sekian~
adiOs..
till then~
salam alaik!!

Sunday, August 9, 2009

ayah kata..


punca aq demam sebab aq makan tlalu banyak buah mata kucing..

hihi..

nak wat cane, da anak dye nie mmg hantu buah mata kucing (longan)

dan seterusnya..

dye da xbagi agi aq makan buah yang paling besh di mesia~

ayah kata..

buah mata kucing 2 panas..(panas ke? aq ase sejuk je..)

yang aq tau plak..

buah mate kucing nie ade kandungan antiOksidan y baek punye utk pOmpuan² dan wanita² yang tengah pregnant(hamil/mengandung).

agi satu.. ayah kata..

lupe nak tules kat atas tadi..

hati² dengan buah mata kucing dan longan sebab besenye
direndam dalam formaldehide.

Kalau nak makan jugak, basuh dengan
air yang banyak.. formaldehide larut air pas 2
jangan gigit kulit
dye..


aq plak mane reti makan buah nie xgigit kulit..

kupas dengan tangan, xjadi buah da pas 2..(haha)

so, kalo cyunk ade, dye la kupaskan utk aq..
(haha, mengade lebih!)

da demam canie, baru nak denga AYAH KATA..

time kaceh ayah..

Thursday, August 6, 2009

ARAK, ZAKAT & ronnie liu..

diambil hanya untuk berkongsi pengetahuan bersama-sama..

Selangor Oh Selangor III: Arak, zakat dan Ronnie Liu



Thursday, 06 August 2009 07:51am

Image©Utusan Malaysia (Digunakan dengan kebenaran)
oleh Zaini Hassan

SYABAS Dr. Hassan Ali. Setelah sekian lama menyepi, tak kisah, buat- buat tak nampak, akhirnya Dr. Hassan, bekas pakar motivasi RTM, mula bersuara. Selama ini, mungkin beliau 'mahu menjaga hati' rakan-rakan DAPnya.

Tapi kini nampaknya hatinya sendiri sudah dirobek. Atau mungkinkah beliau didesak oleh ahli-ahlinya sendiri yang sudah tidak tertahan dengan gelagat DAP yang mulai bermaharajalela di Selangor ini.

Kasihan orang Shah Alam. Ia adalah bandar Melayu yang kini mula dikuasai puak-puak DAP. Sejak kerajaan pakatan ini memegang tampuk pemerintahan, banyak peristiwa yang tidak terfikir oleh orang Shah Alam telah berlaku. Mana ada dalam sejarah Shah Alam orang berdemo memegang lilin. Ia berlaku apabila salah seorang pemimpin DAP mati terjatuh dari bangunan SPRM dua minggu lalu.

Yang menyedihkan, demo pegang lilin itu berlaku hanya kira-kira 200 meter dari masjid besar berwarna biru yang menjadi mercu tanda kesucian Islam warga Shah Alam. Ikut pandangan ulama (bukan Nik Aziz), demo pegang lilin untuk memperingati orang mati itu adalah haram. Tapi kini ia berlaku di bandar raya kemegahan (satu masa dulu) orang Melayu. Di situlah terletaknya institusi ulung orang Melayu iaitu, UiTM - yang pernah disyorkan oleh kerajaan pakatan semasa mula memerintah Selangor, supaya dibuka kepada semua.

Nampaknya orang Shah Alam yang dulu begitu ghairah memberi undi kepada DAP, PKR dan Pas kini terpinga-pinga. Apa sudah jadi?

Penjual arak kini dibela oleh pemimpin DAP Ronnie Liu untuk diniagakan di sebuah kedai di Jalan Liku, Seksyen 8 Shah Alam. Menurut laporan akhbar semalam, Ronnie sendiri mengakui menggunakan kuasanya sebagai Exco Kerajaan Negeri mengarahkan arak yang dirampas oleh penguat kuasa Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dipulangkan kembali ke kedai tersebut.

Wahai Ronnie cuba lihat di sekeliling seksyen 8 itu siapa yang menghuni di situ? Saya sendiri ialah warga Shah Alam yang telah tinggal dan belajar di situ sejak 25 tahun lalu. Saya lebih tahu siapa yang paling banyak menghuni di situ. Kira-kira 97 peratus ialah orang-orang Melayu - yang pada pilihan raya umum lalu memberi undi kepada pakatan saudara.

Semua mereka adalah orang Melayu. Jika di Malaysia orang Melayu ialah orang Islam dan orang Islam tidak minum arak kerana arak itu adalah haram seharam-haramnya macam makan babi juga. Apakah Ronnie yang hidup di Malaysia ini tidak faham?

Saya tidak pasti di mana Ronnie atau anggota Exco DAP lain yang kini berada di Shah Alam tinggal sebelum pilihan raya dulu? Apakah mereka ini hidup dikelilingi orang-orang Melayu? Atau hanya dikelilingi oleh bangsa mereka sahaja? Jika saudara hidup dengan orang Melayu, bersekolah Melayu mestilah saudara faham adat resam orang Melayu dan umat Islam.

Saya sedih (dan marah) kerana saudara Ronnie tidak sensitif langsung dengan isu orang Melayu dan umat Islam.

Ronnie juga tidak sensitif apabila 'turut campur tangan' dalam operasi arak dan maksiat oleh Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di sebuah premis di Bandar Sunway beberapa hari lalu. Kenyataan itu bukan dibuat oleh saya (yang terdedahkan dengan saman), tapi oleh Dr. Hassan sendiri. Mungkin kerana sudah 'tidak tertahan' Dr. Hassan mendesak Menteri Besar menarik balik portfolio Ronnie sebagai Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan. Ronnie dikatakan sering saja campur tangan dalam tugas PBT hingga menyukarkan penguatkuasaan dijalankan.

Tahniah sekali lagi Dr. Hassan. Saudara sudah mula bersuara.

Sebagai seorang bapa, saya tidak mahu anak remaja saya didedahkan dengan minuman arak atau mendekatinya. Saya juga tidak mahu anak saya terikut-ikut dengan budaya Kristian memegang lilin apabila ada kematian kelak. Saya tidak kisahlah jika ada orang Melayu lain yang mengikuti fahaman pakatan, tapi saya tidak sangggup melihat Ronnie atau sesiapa pun terus mencemarkan kesucian agama Islam yang saya anuti selama ini.

Selepas isu 'underworld' yang dikaitkan dengan kongsi gelap, isu Teoh Beng Hock, satu demi satu isu berat terus berlaku di Selangor. Isu wang zakat yang mahu dikongsikan untuk semua juga timbul dalam masa-masa kekelutan di Selangor sekarang.

Apakah orang Islam Selangor setuju supaya wang zakat (yang kita potong dari kantung gaji kita tiap-tiap bulan itu) dikongsi bersama-sama? Jika bersetuju saya tidak tahulah. Mungkin puak-puak pakatan bersetuju, saya juga tidak tahulah.

Wahai Menteri Besar Selangor yang bijaksana, di mana pertimbangan saudara? Saya hanya mahu wang zakat saya disalurkan kepada lapan asnaf yang telah ditetapkan oleh Islam. Saya tidak tahulah jika wang zakat tuan Menteri Besar mahu diagih-agih kepada semua?

Jika Selangor sudah tidak cukup peruntukan seperti yang disebut iaitu kira-kira RM300 hingga RM500 juta setahun carilah dari punca yang lain. Saya syorkan pungutlah dari punca-punca perjudian, rumah-rumah urut, spa, rumah persundalan yang - menurut ketua pembangkang kena gantung Dr. Khir Toyo - tumbuh bercambah-cambah bagai cendawan di Selangor sekarang. Ia boleh ditukar menjadi 'sin taxes' (cukai dosa) daripada aktiviti-aktiviti seperti itu. Mengapa singkatnya akal mahu mengambilnya dari wang zakat. Orang Melayu di Selangor kan banyak yang miskin.

Satu lagi syor saya ialah majukanlah Selangor ini seperti yang telah dilakukan oleh menteri-menteri besar yang terdahulu. Apakah baru setahun memerintah, sudah beralah sehinggakan wang zakat pun mahu diambil? Dengar kata saudara ialah bekas CEO yang hebat dulu?

Apa akhirnya akan berlaku kepada negeri yang paling maju di Malaysia ini hanya Allah SWT sahaja yang tahu.

Dan bagi Shah Alam ia sebenarnya sudah mulai dirobek sedikit demi sedikit. Sebagai warganya, saya sudah mula menghidu baunya dan unsur-unsurnya pun sudah kelihatan. Namun yang sedihnya warga Melayu di dalamnya masih belum sedar.

(Disalin daripada The Malaysia Bar, entry yang original
http://www.malaysianbar.org.my/berita/komen_undang_undang/selangor_oh_selangor_iii_arak_zakat_dan_ronnie_liu.html)

Tuesday, August 4, 2009

lagu untuk mu..


Gurindam Jiwa Ada Cinta Benar-Benar Sayang Di Sayang Kerana Entah BintangPerlu Kamu
Sayang Bengang Ku Pinjam Satu Bintang Ketulusan Hati Aku Cinta Kau dan DiaRimas Kasih Tercipta Becinta Cobalah Sonata Musim Salju Meneka Dalam Kesamaran Berdiri Seorang Perindu
Jika Engkau Pergi Bertamu di Kalbu Izinkan Ku Pergi Heartless Dangerous Lara Hati Suratan atau Kebetulan Kasih yang Tak Dianggap Sekali Lagi Butterfly Ketika Cinta Itu HilangGantung JIKA AKU SEORANG ROBOT Tanpa Cinta Kita Biarkan Kali Pertama Resah Sisa Tunggu Esok Mimpi yang Sempurna Hush Hush Khatimah Cinta ....