Monday, July 23, 2012

Gulana



Aku cuma orang biasa 
Macam kau.
Buat salah, silap.
Buat suka, benci.

Kau tak pernah buat tu semua?
Jangan tipu.
Orang tipu
Orang paling bodoh.

Jadi
Terima saja aku apa adanya.
Ini bahagian aku.
Kelebihan aku.

Jangan ragu
Jangan makan hati
Kelemahan ini
Masih tak mampu
Mengatasi 
Keunggulan kau.

 
Jangan jadi 
Orang-Penting-Diri. 

Belajar lah
Hormat orang biasa.

Kita manusia
Hati sama hijau
Darah lain lain.

Saturday, July 14, 2012

Pungkur



Pungkur.
Tiga tahun sudah menarik nafas penghabisan.
Ini tempat aku internal kelas.
Walakin, seawal jam aku sampai
Biar kosong, biar sepi dihadapan
Pungkur
Naik sebagai pilihan.

Ada yang lagian layak dihadapan
Kenapa perlu aku berebut dan bermasaman?
Aku pencari ilmu, bukan pencari pasal.

"Siapa cepat dia dapat"
Bukan cara aku dalam kelas.
Ni bukan game rebut kerusi
Kalau gaduh, berdarah gusi
Menangis mintak simpati
Dendam sampai ajal nanti
Semua lari.

Regu pungkur
Akan lebih diperhati
Cuba la sekali.
Kau akan ketagih.

Monday, July 2, 2012

Jitters


Hari ini, umur aku makin dewasa. Semalam, tidur aku tak lena tak lagi seperti selalu. Entah kenapa, mungkin selimut yg menipis dan sejuknya penghawa dingin di hujung kaki merembes sampai ke otak. Aku tak rasa ia seperti mimpi, malah seperti sambungan daripada apa yang aku fikirkan sebelum mata terpejam selepas beberapa kali menitipkan doa. Risau. Risau kalau kalau esok aku tak lagi boleh berdoa seperti hari ni. Risau kalau kalau ada lagi yang belum aku temui sepanjang umur ini. Maka doa dititipkan setiap hari sebelum tidur menggantikan pemikiran-analisa-dunia-yang-tak-kemana. Mungkin. Mungkin bukan doa aku yang termakbul selama ini, tetapi doa orang orang beriman yang mengelilingi aku. Doa mereka untuk aku.

Hari ini, sekali lagi aku takut. Takut pada sesuatu yang aku tak pernah tahu. Masa depan. Masa depan menakutkan aku. Untuk umur ini, disini bukan tempatnya. Tapi, aku sentiasa percaya pada takdir Tuhan.

"...untuk apa kau takut pada perkara yang kau tak tahu? kau usaha dulu, andai itu yang Tuhan bagi, ambil. Redha. Bukan semua dapat rasa apa yang kau rasa sekarang. At least kau di pilih.. blablabla.... percaya pada takdir InshaAllah, ada hikmahnya"


Aku dipilih oleh Tuhan untuk merasa takut pada masa depan.
Aku tidak punya ilmu tentang masa depan,
Wallahu ala kulli shai 'in qadir.