Siapa dalam dunia ni yang akan pilih derita bila di hadapannya terbentang luas jalan menuju kebahagian?
Siapa yang akan pilih kesengsaraan jika kesenangan itu sudah dijanjikan?
Semua orang akan mengejar kegembiraan dan meninggalkan kesedihan di belakang,
tetapi tahukah kau bahawa ada orang lebih rela memilih derita daripada merampas senyuman orang lain?
Ada orang lebih senang menyusuri jalan yang berliku, penuh dengan cubaan dan penderitaan daripada memintas laluan orang lain untuk kegembiraan yang sementara?
Mungkin kau tak pernah tahu.
Sebab itu pada kau, orang yang menahan diri dan mengawal perasaan serta mengorbankan kepentingan diri demi memastikan kau bahagia hanyalah si bodoh yang kalah serta perlu dilupuskan.
Salahkah dia berikan kau peluang menikmati bahagia dengan orang yang kau sayang serta cinta sepenuh jiwa demi memastikan dia dapat kekal disamping manusia itu sebagai kawan sahaja?
Kau tidak akan pernah mengerti sebab apa yang kau lalui hanyalah satu bentuk kemanisan yang kau sendiri tidak perlu bersusah payah untuk kecapi.
Pesanan Penaja:
Jangan jiwa kacau sangat lahh.
Will be the time your prince charming will come & propose you to be his wife.
Not his gf.
Ni baru dugaan kecil yang Tuhan bagi.
Kalau dengan Aku rasa dosanya,
Dengan Lanang kau rasa pahala?
Kuatkan iman wahai kekasih kecilku.
Jaga ikhtilat. Itu yang penting.