Assalamualaikum dan Salam Satu Dunia! hampir sebulan jugak aku tidak menulis. cuma & hanya berjalan ke blog² orang. apsal? sebab aku takde idea laa. aku bukan penulis yang hebat. aku supermentah je! HAHA. tak kisah laa kan.
Apa yang aku tunggu² kan selama 3 tahun nie dah tercapai. 3 tahun ke? tak sampai laa! 2 tahun ++ laa. TAPI, memang tak sampai laa! 3 tahun. dari awal kemasukan aku untuk dapatkan Diploma, hati aku tak sudah² nak sampai ke Part 6. orang kata, itulaah jiwa yang tak matang. belum belajar, dah sibuk nak habis cepat! HAHA. pedulik pulak aku.
macam pegi kelas laa. baru lect bukak mulut, dah sibuk tengok jam bila mau habis nie?! aku tau semua rasa apa yang aku rasa, atau kata lain nya, rasa yang sama. tak sabar nak balik rumah, lepak kat rumah, kerja & sebagainya. ada jugak yang dah nak kahwin! TAHNIAH laa ye. aku? lambat lagi. sampai seru ada laa. kann~ yang nak kawen jangan lupe jemput!
banyak yang aku dapat selama 2 tahun ++ nie, sekeliling aku di kelilingi manusia yang berhati-hati. maksud aku, bila berhadapan terlalu berhati-hati untuk menjaga hati pink manusia yang disekeliling mereka! terkadang aku terpikir, untuk apa semua itu? dan adakah itu semua akan menjadikan hubungan bertambah baik? aku.. manusia biasa, yang luarbiasa pemikirannya terkadang bodoh bertanyakan soalan sebegitu!
bukan apa, aku cuma tidak nampak keberkesanannya.
jadi, apa yang kau lihat aku, itulah aku. bersendiri. tak obses untuk bergaul.
aku juga manusia biasa. yang tak hebat mana. aku cuba mengelakkan dari mereka yang di depan senyum, belakang dengki, yang cemburu sakit hati mungkin teman kita sendiri, siapa tahu? HEHE.
kenapa aku tak habis² entry pasal kawan & yang bersangkut paut dengan tu? takde ape.
cuma nya aku menilai kehidupan dari sudut yang berbeza.
kehidupan aku dikelilingi dengan mereka yang pelbagai warna hatinya.
terima kaseh 28-03 RSU yang bersabar dengan humor aku!
jutaan maaf dengan segala terkasar laku & bahasa.^.^
p/s: gambar adalah pemandangan dari bilik aku 28-03 RSU.