Thursday, August 9, 2012

ANAP

Ogos 2008- April 2010

Dia suka curi masa cari kau. Dia suka curi curi pandang kau. Dia suka curi tilik tingkap 
gelap kelas semata mahu curi tengok kau. Kadang tak perlu mencuri, kau muncul sendiri. 
Tak tahu pulak kau betapa laju velositi jantung berlangsung tika tepat mata kau kewajahnya.

Mata jadi kolonialis hati biar mata dapat memandang kau. Dia bijak mengawal keadaan. 
Rusuh hatinya kalau kalau ada teman yang menghidu aktiviti nakal tu, kerana dia 
sudah berpunya & kau adalah klasmet kasihnya!

Dia pandang kau, senyum.
Kau balas, muka lurus.
Senyum tak, marah tak.

Pandang dia taklah over. Sekadar melepas haus berjalan. Just go with the flow. 

Mungkin ini tangkapan pandang pertama atau hanya tertarik dengan kemanisan lesung 
pipit kelucuan kekasaran dan kesopanan atur tingkah kau pada dia? 

Kau rasa?


Ogos 2012.

Dia cuba menaip " :) " di y!m 
Diikuti, " assalamualaikum" dan ENTER.

Cara tipikal untuk tampak cool.
Aku nampak
Kau balas. 
Aku nampak
Ada selautan senyuman di muka dia.

Mungkin ini kali pertama selepas hatinya leghai duatahunlepas?

p/s: moga sampai Syurga! ^^

2 comments:

Terima Kaseh daun keladi.. rajen nanti komen lagi ;)