Hari ini, umur aku makin dewasa. Semalam, tidur aku tak lena tak lagi seperti selalu. Entah kenapa, mungkin selimut yg menipis dan sejuknya penghawa dingin di hujung kaki merembes sampai ke otak. Aku tak rasa ia seperti mimpi, malah seperti sambungan daripada apa yang aku fikirkan sebelum mata terpejam selepas beberapa kali menitipkan doa. Risau. Risau kalau kalau esok aku tak lagi boleh berdoa seperti hari ni. Risau kalau kalau ada lagi yang belum aku temui sepanjang umur ini. Maka doa dititipkan setiap hari sebelum tidur menggantikan pemikiran-analisa-dunia-yang-tak-kemana. Mungkin. Mungkin bukan doa aku yang termakbul selama ini, tetapi doa orang orang beriman yang mengelilingi aku. Doa mereka untuk aku.
Hari ini, sekali lagi aku takut. Takut pada sesuatu yang aku tak pernah tahu. Masa depan. Masa depan menakutkan aku. Untuk umur ini, disini bukan tempatnya. Tapi, aku sentiasa percaya pada takdir Tuhan.
"...untuk apa kau takut pada perkara yang kau tak tahu? kau usaha dulu, andai itu yang Tuhan bagi, ambil. Redha. Bukan semua dapat rasa apa yang kau rasa sekarang. At least kau di pilih.. blablabla.... percaya pada takdir InshaAllah, ada hikmahnya"
Aku dipilih oleh Tuhan untuk merasa takut pada masa depan.
Aku tidak punya ilmu tentang masa depan,
Wallahu ala kulli shai 'in qadir.
:')
ReplyDeletemendalam la maksud entry ni.. yup btl usaha doa tawakal :) tp takut tu sifat manusia...
ReplyDeletemasa depan yang mana satu ko mula takut? LOL, IM KIDDING! ;P
ReplyDeletebtw, muka ko ttp cool even gelabah-labah.