Thursday, June 9, 2011

ilmu dan amal.

Assalamualaikum, Peace be Upon U! hari ini aku sebagai Bachelor of Law (Hons) Student. kalau kau, kau bangga? terpulang pada kau. actually, dah dua minggu lepas.. tapi ada hal-hal yang tak mungkin dapat aku elakkan. cuti aku tak sampai sebulan lagi woi! kau rasa-rasa aku ada keikhlasan hati dalam menuntut ilmu? insyaallah, ada. Allah pasti tolong kita sekiranya kita MAHU.. kan?

renungan untuk anda semua, tak lupa juga untuk diri aku sendiri..

ilmu mendahului amal, kerana ilmu adalah pokok dan syarat amal. tanpa ilmu, takde bezanya seorang mukmin dgn golongan Nasrani yang beramal tanpa ilmu. tapi, amalan tidak akan sempurna tanpa dipasakkan dengan tiga tiang:
ilmu yang menggerakkan TAHU
iradah yang menarik MAHU
dan 
qudrat yang menerbitkan MAMPU.
 
okey, got it?

seseorang itu tidak akan menginginkan sesuatu yang tidak diketahui,
  tanpa kemahuan, seseorang itu tidak akan mengejar kemampuan untuk melakukan sesuatu perbuatan. 
kemahuan jelas sekali bermula daripada ilmu.
 
 keikhlasan diri itu datangnya daripada Allah SWT, 
pintalah dengan sepenuh pengharapan
harapan yang sebenar hanyalah kepada Allah SWT.
 

3 comments:

  1. Duhai sayangku, ingatlah Allah di mana-mana saja, nescaya Allah tidak sekali-kali melupakanmu. Sujudlah pada Allah, berlindunglah dari segala kejahatan yang nyata
    mahupun tersembunyi, dari kejahatan seluruh makhluk dan paling penting, berlindunglah pada Allah daripada kejahatan diri sendri. Memang perit bermujahadah itu
    tapi yakinlah, perjalanan yang sukar pasti ada hikmahnya. Bersabarlah...~kelly~

    ReplyDelete
  2. helo.study law kat mana?hehe

    ReplyDelete

Terima Kaseh daun keladi.. rajen nanti komen lagi ;)