Tuesday, June 28, 2011

27 Rejab


"Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haraam (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui."  17:1

*terjadinya macam² kejadian yang penuh pengajaran untuk kita sama² hayati di sebalik pelbagai peristiwa.  

bukan sekadar sebuah kisah sejarah yang diceritakan setiap 27 Rejab kembali..
 
time inilah, manusia diwajibkan untuk menunaikan solat lima waktu. masih ingat lagi?..
selepas 9x Rasulullah merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah perkenan memfardhukan sembahyang 5 waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga..   

*kita, manusia.. akan berubah kerana Allah. mungkin esok, mungkin lusa..*

Saturday, June 25, 2011

waktu.

sekolah
  • darjah 1 dah jadi samseng.. tumbuk kawan sampai berdarah hidung. nak tunjuk handal laa..
  • tak pepasal kes tu jadi tajuk utama kat assembly.. huh! malu time tu takde rasa. darjah 1 kan.
  • sejak tu  takut cikgu. takut pengawas. HAHA.
  • dah besar sikit, tingkatan 2 macam tu, tinggal kat hostel. biasala kat hostel  jadi 'spy' cikgu laa.. ape laa.. semua nak jadi student emas. jiwa manusia macam aku nie mana suka benda² tu semua. 
  • melawan & bertekak ngan 'Biro- Biro' hostel time tu perkara biasa. 
  • dengan pengawas lagi aku tak boleh pegi.. padahal kawan²   aku para²   pengawas jugak. cet! tak takut la. ;D
  • ponteng sekolah time bulan puasa, tidur kat hostel. dah komfem² macik cleaner tu report kat warden, huh.. ape laa! 
  • tingkatan 3, masing² macam dah tau lepas nie susah dah nak jumpe. time nie masa lebih banyak dikongsi bersama. macam² hal. 
  • ponteng prep. sorok kat surau. sampai sorok bawah dapur dewan makan. kene denda ramai². padan muka.
  • main hujan. hujan yang disertai guruh+petir.. tengah padang lak tu, korang ade brann? HAHA.
  • masa dah dekat nak PMR, study matimati. dengan maggi nye.. nescafe nye.. wallllaaa! tapi aku, rilex tidoo.. haih! 
  • so dorang berjaya dengan jaya nya.. aku lak, biasa je.. cukupla. Alhamdulillah. walaupun tido je.. result lagi better dari exam² biasa. caya kan? well.. ahha!
  • tingkatan 4, geng dah takde sangat. so baik sikit. dalam kelas, melawan cakap cikgu. tetap ade!
  • sampai bengang cikgu tu dengan aku. cikgu sejarah. dia baru keluar maktab time tu. emm.. lagi laa aku kenekan dia. 
  • jiwa muda.. darah panas lagi. semua tak kena. haish!
  • tingkatan 5, ++ hampes dari taun² lepas. dalam kelas tetap wat hal. makan, tidur.. selambe! 
  • ponteng kelas kimia, sebab bosan lebih dari tahap. tak masok lab. duduk dalam kelas. muka² wanted..tak pegi kelas, memang cikgu cari laa kan.  "apsal tak masok kelas saya?..". aku diam je. yang lain tengah tidur,hampess! "turun sekarang, atau nama dekat pengetua!" ouh.. cikgu, pegi laa. tak kesa pon. 
  • selang berapa hari.. announcement pepagi buta kat sekolah. haih, nape nama kitorang TOP laak pagi nie.. "nama² yang disebut sila berjumpa Pengetua". pergh! bederau darah.. 
  • time SPM, tetengah malam tetibe lapar.. pecah masuk dewan makan. rebus telur. curi oren. haha. 
  • dulu ada cikgu cabar aku untuk jadi seorang lawyer, sebab aku banyak loyer buruk dengan dia. [saya sekarang tengah sahut cabaran cikgu, saya jadikan itu semangat. yes, saya nakal. tapi tu dulu cikgu..]
  • ada jugak cikgu yang  rasa aku & 'kitorang' tak boleh melangkah jauh.. tapi hari ini, kami sekelas 12 orang berjaya menjejak kaki ke Universiti.. Alhamdulillah, terima kasih cikgu..

*pengalaman mengajar aku menjadi manusia yang lebih better pada hari ini jika dibanding dengan hari semalam. takkan ada aku yang hari ini, jika semalam aku penuhi dengan tertibnya. 
bukan berbangga dengan silapnya aku semalam, 
 berkongsi aku yang semalam,
 untuk aku hari ini.. yang lebih dewasa. 
^____^

sahut dan sambutlah seruan Allah dan seruan RasulNya apabila Ia menyeru kamu kepada perkara-perkara yang menjadikan kamu hidup sempurna. 8:24
 
 sesungguhnya Allah tidak akan mengubah sesuatu nikmat yang telah dikurniakanNya kepada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. 8:53

Wednesday, June 22, 2011

cari.

Allah engkau  penuh kasih sayang,
takkan pernah engkau biarkan hambaMu menangis,
kerana kemurahanMu,
kerana kasih sayangMu..

meski tak daya ku harap rebut cintaMu,
meski begitu hina ku bersimpuh,
Kau selalu terjaga yang memberi segala.

Monday, June 20, 2011

kejar.

Andai dapat aku mengulang,
Waktu hilang & terbuang,
Andai dapat perbaiki segala yang terjadi.

*Tapi waktu tak berhenti,
Tapi detik tak kembali..
Harap ampunkan hambaMu ini..~