Friday, November 12, 2010

Géwé?

blogwalking dari pagi hari tadi. sekarang da stop. pening. membaca banyak sangat. nak exam pon takla membaca macam nie rupa. hihi. aku memang follow Laman Web Rasmi Futuwwah. sejak balik Melaka, aku jarang on9, so saki baki daki cuti yang tinggal nie, aku penuhkan dengan baca dan terus membaca. ada yang boleh dipraktikkan dalam diri semua, insyaAllah. kalo korang rajin.. jemputla singgah dan baca apa yang ada dalam web tue. moga boleh dijadikan pedoman. 

 Tadi aku baca bab nie..


Saudaraku,

Sering, barang-barang precious milik kita, tidak akan kita serahkan kepada orang lain selagi kita sendiri yang “merasmikannya.” Kereta baru, biarlah kita puas memakainya, barulah kita izinkan diguna pakai oleh orang lain, misalnya. Atau, langsung tidak diberi pinjam pada orang, lantaran betapa precious-nya ia kepada kita. Atau handset baru, izinkan aku membelek-belek dan merasakan “aura kepuasannya” dahulu, sebelum dikau ku benarkan untuk melihat dan membeleknya. Itulah perasaan common kebanyakan daripada kita.

Nah, dalam soal wanita, kenapa kau mahu izinkan wanita yang bakal kau nikahi itu, pernah “dimenangi” hatinya sebelum dirimu? Nah, benarkah kau sanggup hidup dalam sebuah comparison antara dirimu dan kekasih lamanya, baik dalam soal romantika, baik dalam soal kehenseman, baik dalam soal sifat caring, bilangan semut yang tidak mati dipijaknya, sama ada hal itu ia rahsiakan atau kongsikan bersamamu? Dan kalau kau tidak sanggup, mengapa pula kau mahu cemarkan “keperawanan hati” insan yang mungkin dikemudian hari, bahkan tidak menjadi milikmu? Kau sudah pernah bertakhta di hatinya, sebelum lelaki bernama suaminya “merasmikan” cinta hatinya?

Kerana itu wahai saudaraku, marilah kita betulkan sistem percintaan kita, bahawa tiada yang namanya cinta, melainkan dalam perkahwinan.

“Pada hari ini dihalalkan bagimu yang baik-baik. Makanan (sembelihan) orang-orang yang diberi Al Kitab itu halal bagimu, dan makanan kamu halal pula bagi mereka. (Dan dihalalkan mengawini) wanita-wanita yang menjaga kehormatan di antara wanita-wanita yang beriman dan wanita-wanita yang menjaga kehormatan di antara orang-orang yang diberi Al Kitab sebelum kamu, bila kamu telah membayar maskawin mereka dengan maksud menikahinya, tidak dengan maksud berzina dan tidak (pula) menjadikannya gundik-gundik. Barang siapa yang kafir sesudah beriman (tidak menerima hukum-hukum Islam) maka hapuslah amalannya dan ia di hari akhirat termasuk orang-orang merugi.”
(Surah al-Maidah [5]:5)

Perkataan “akhdan” inilah –menurut Fatwa Islam Online- yang dimaksudkan sebagai “couple”, “boyfriend-girlfriend”, atau, dalam bahsa Jermannya, “gewe” (haha..acah je..). Ertinya, memang Islam telah melarang sejak awal wanita itu sekadar dijadikan “akhdan” oleh kita, melainkan telah ditanamkan hasrat sejak awal untuk memperisterikannya. Dan hasrat untuk menjadikan wanita itu isteri, hanya bisa dipercayai, kalau memang sudah ada persediaan ke arahnya. Maka, tempoh percintaan yang panjang seperti 5 ke 6 ke 7 atau 10 tahun untuk bernikah, adalah sebuah dusta percintaan yang nyata. Pernikahan inilah yang menjadi absorber yang menahan vibration gejolak jiwa manusia.

“Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu istri-istri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berpikir.”
(Surah ar-Rum [3]:21)

renung renungkan ya sahabat.. dan selamat beramal! ;)  aku hanya berkongsi apa yang aku ada.





Thursday, November 11, 2010

tiada kata sechantek bahasa

 
Tiada kata secantik bahasa
Untuk ku puji adinda
Tiada gambar secantik lukisan
Nak ku tunjuk perasaan

Oh... dinda puspa gemala
Mengharum jiwa
Hmm...
Dinda puspa gemala
Mustika kanda...

  Namun musim berubah
Suasana bertukar
Tapi ikatan mesra
Sikit pun takkan longgar
Tiada kata secantik bahasa
Untuk ku puji adinda
 
 
kalo korang tengok History Channel yang kat Astro tue.. 555, kat situ ada le cite dia masa akhir hayat orang layan dia cam tin saden je. cane?.. dah naseb arwah. bile dah meninggal nie baru la terhegeh² nak bagi Tan Sri la, ape laa.. kannn? dah naseb badan~ 

..al- Fatihah buat beliau..

Tuesday, November 9, 2010

jegala student nak exam..

anda PASTI TERsenyum! tak caya.. baca sampai abesh~ ;)


1. Membaca tanpa menghiraukan sekeliling. Yang kepoh jadi pendiam. (orang masuk keluar bilik pun tak perasan, kalau orang tanya pun muka pandang nota je, jawab pon nak tak nak. Kalau jalan.jalan tersepak batu tu, reaksi dia lambat sikit. Sebab otak full load )
 
2. Membaca dengan kadar yang cepat. (entah faham ke tak belakang kira, sebab nak jawab subjektif, hentam pon boleh, yang penting ada point nak goreng )

 
3. Nak turun café tu fikir 2,3 kali. Tak pun sekali sehari je. Tu pun bungkus.cepat. jimat masa makan kat bilik. Sambil makan boleh membaca apa yg patut.

4. Time nak exam baru laaa nak full semayang(harap2 sahabat disini tak begini la). Solat sunat sampai nak batal air sembahyang. Doa macam.macam. (dan.dan. tapi alhamdulillah)

5. Agak yang nak mereng tu start la nak bukak mp3 volume paling sakit telinga. Tapi time ni memang tak sakit telinga. Sebab sakit otak lebih dari sakit telinga.

 
6. Masa tidur pon boleh terbayang-bayang yang baca tadi(ada tu siap ambik handout letak tepi bantal. Moga-moga dapat buat daya serapan terus lagi bagus.

7. Masa borak dengan kawan pun cakap pasal pelajaran je. (ni part tak leh blah la. Time mandi pun ada yang tanya-tanya. Dahsyat.)

8. Kalau main message tu balas sikit.sikit je. Pendek pendek. Tak de mase nak fikir taip panjang.panjang.

9. Sebab nak exam duduk dalam bilik je. Mengadap handout, buku, nota.nota. (jadi beruang kutub, sampai rambut serabai pon tak perasan) selalunye merayau g bilik orang. Tak pun kluar. G main bowling lah. Tgk wayang lah. Pantang ade mase terluang.
Nak buang sampah pun terbawak pen. (ni kes cuak sangat ni)

 
10. Agak2 stok megi tu habis kot untuk orang yang gila study. Jimat masa nak turun café masak air je pastu letak megi. Nak budak pandai sikit tak makan megi. Minum milo. Makan biskut hup seng ke, nestum ke. Roti memang dah prepare dah. Suruh mmber beli.

 
11. Nak bukak facebook rasa tak senang gila. Perghh. Membazir.masa. (time ni memang tertekan gila. Kena berperang dengan diri sendiri nak bukak facebook, formspring,blog . Sebab laptop depan mata. Kabel/wifi kat sebelah je. Exam minggu depan. Nanti duduk depan facebook memang buku OFF9 terus.)

 
12. Time ni ah baru bukak buku tebal. Bukak kamus tu yang tak tahan tu. Masa lecture dulu tak faham tak de hati pulak nak bukak kamus kan. ;P

 
13. Asyik-asyik tengok jam je. Sampai tak cukup jam handphone, jam tangan. Tanya lagi mmber sebelah. Haihhh. Keliru sangat budak nih.

14. Stok Nescafe, kopi tongkat ali, kopi mak dara, cucu dara semua memang ade lah. Nak stay up.

15. Hah. Ni memang sure. Meja studi bersepah gila. Mana dengan highlighternya. Pen biru, hitam , merah. Kertas-kertas memang confirm bersepah punya. Agak2 ade nota yang hilang tu mula nak naik angin. Buku semua terbukak. Kalau ada buku tambahan dari library tu semua nak dibukaknya serentak. Ada tu 4,5 buku serentak bukak.

16. Masa ni lah status facebook, blog “mintak maaf. Doakan exam nanti”

17. Muka blurr je. Sebab otak dah full tank. Makan sorang-sorang pon dah tak heran. Sebab tak nak membazir mase lepak ramai-ramai. Nanti ade je bende nk borak.

 
18. Kalau nak cakap pon tersasul-sasul. Salah cakap. Pastu cakap benda merepek je. Muka dah la cam zombie. Cakap merepek.repek sebab otak fikit handout, nota tak baca lagi vs nak jalan-jalan. Nak borak.borak. sampai satu tahap rasa nak rebus buku dengan handout semua. lagi merepek die cakap sebenarnye, lagi banyak topic die tak cover tu.

 
19. Time ni jugak lah baru terfikir kenapa lah aku tak study awal2. Kan senang. Haihh. Pastu ada pulak yang buat azam untuk semester depan. Tak nak buat dah macam sem sekarang. *padahal tiap2 sem azam sama. Tak berubah gak. Tak pun menjadi semangat dia masa awal sem je. Sampai minggu ketiga dah hancusss.

Konklusionnya: jangan usik budak nak exam. Cepat je die nak naik darah. Sebab hormone dia semua tengah berlaga-laga. Otak pun dah overload.


p/s: kalo aku la.. yang bold tue la TERjadi. haha. ;)



Temasek Part i..
















gambar² nie da di 'resize' kan.. supaye kecik. kalo xresize pon.. canie jugak keadaan nye.
ade gambar yang xbesh mata memandang tue, jangan tengok lame².. penin nanti! 

enjoy! 
;)

p/s: kalau rase² nak tengok gambar nie real.. juz klik kat image tu or klik kat sini. kat sini mungken xjelash. :)